Islam Membawa Kesejahteraan Kepada Semua

390

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

HULU TERENGGANU – Islam yang diperjuangkan PAS selama ini akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menjelaskan demikian ketika menyampaikan kuliah dhuha di program Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang disini, hari ini.

“Ini (kebaikkan Islam) yang kita (PAS) nak bagitau pada seluruh masyarakat. Tapi masalahnya orang tak percaya …. kita buat (berdakwah) sebaik mungkin,

“Selebihnya serah kepada Allah … orang nak terima atau tidak dakwah kita”, tegas beliau.

Menurutnya, program HARAP-PGU diadakan diseluruh Terengganu demi melihat Islam didaulatkan dibumi Malaysia ini.

“Kita tidak berpeluk tubuh saja … kita nak bagitau pada orang Hulu Terengganu bahawa inilah perjuangan PAS,

“Begitu juga baru-baru ini kita adakan Harap di Besut”, jelasnya.

Katanya, mesej Islam ini akan kita bawa dengan penuh kasih sayang kepada seluruh masyarakat yang berada ditempat kita..