Jambatan Angkat (Drawbridge) ; Industri Kapal Besar Mungkin Berkubur Selamanya

20559

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Laluan kapal Jambatan Angkat (Drawbridge) di muara Sungai Terengganu perlu dilihat ukuran lebar laluan, ketinggian dibawah jambatan ketika lengan jambatan tidak diangkat dan kedalaman dari paras air ke dasar sungai.

Ukuran asal ‘navigation channel’ selepas kerja memperdalamkan muara sungai Terengganu yang siap pada tahun 2004-2006 adalah 100meter lebar dengan kedalaman air 7 meter ketika surut (ACD).

Setelah pembinaan ‘drawbridge’ berkenaan, dari rupa fizikal kelihatan lebarnya sekitar 25 meter dari tepi tiang ke tiang yang lain.

Ketinggian ketika ditutup, difahamkan sekitar 10 meter.

Dengan adanya tiang-tiang yang terletak dibawahnya, batang-batang besi cerucuk ‘piling’ yang banyak akan terbentuk menyebabkan longgokan pasir (sandtrap) seperti pada tiang-tiang di Jambatan Sultan Mahmud.

Akan menyebabkan berlaku pemendapan pasir dan kedalaman air setinggi 7 meter mungkin tak bertahan lama.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kapal kapal peronda Agensi Penguatkasa Maritim Malaysia (APMM ) akan menghadapi masalah keluar masuk jika jambatan ‘drawbridge’ sekiranya, lengan jambatan tidak diangkat.

Sekiranyaa tiada masalah dengan kelebaran ruang dan kedalaman air, namun ia akan menimbulkan masalah dengan tiang kapal, yang menempatkan perkakasan ‘navigasi’ dan radar yang dijangka tidak dapat melepas ruang laluan di bawah ‘drawbridge’.

Oleh itu, kerajaan perlu mempastikan sistem mekanikal jambatan itu tidak gagal, bersedia menanggung kos pembaikan dan selenggara yang dijangka sangat tinggi.

Selain dari itu, perlu ada pihak yang mengawal turun naik lengan jambatan yang sentiasa berhubung dengan kapal kapal yang sentiasa keluar dan masuk, melalui ‘drawbridge’.

Ketepatan (timing) masa sangat penting dan kapal tidak boleh duduk menunggu di hadapan jambatan kerana ia berada di muka kuala yang gelombang lautnya agak kuat, tidak seperti ditengah-tengah sungai yang tenang dan terlindung.

Kena diambil peringatan, kapal besar yang berhenti, akan kuat ‘berhayun!.

Bagi kapal kapal sokongan pesisiran pantai (offshore), saiznya lebih besar dan lebih tinggi, lebih lebar dan lebih dalam.

Sangat bahaya kalau berhayun dan sekiranya menghentam tiang, kerana itu jarak antara tiang dengan badan kapal sekurang-kurangnya dua kali lebar kapal untuk setiap sisi.

Untuk kapal kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) kelas pemusnah (destroyer) dan penyerang, masih boleh masuk melalui jambatan ‘drawbridge’ kerana saiznya sama kapal ‘offshore’.

Bagi kapal peronda generasi baru MEKO100, dalam jangka panjang, tidak lagi sesuai untuk disasarkan pembinaannya oleh limbungan tempatan melainkan dibuat beberapa penambahbaikan dimasa hadapan.

Bagi projek memperdalamkan ‘basin’ muara sungai Terengganu pada masa hadapan jika berlaku pencetekan atau pemindahan halangan pulau pasir jadian di hadapan Pulau Kambing, kapal korek yang bersaiz besar sukar untuk melalui laluan bawah drawbridge itu kerana lebarnya menghadkan susuran sempit itu.

Untuk kerja- kerja pengawalan sungai (river protection) dimasa hadapan, bahan-bahan binaan seperti batu granit, ‘tripod’, blok konkrit yang biasa diangkut masuk dengan tongkang (barge) bersaiz besar tidak lagi boleh masuk melalui bawah drawbridge.

Tongkang (Barge) kecil masih boleh namu kerja menjadi dua kali kerana terpakas memindahkan muatan dari tongkang besar yang biasanya digunakan untuk pelayaran lebih jauh.

Yang paling malang, melihat dari segi ukuran bukaan drawbridge itu, hanya satu kapal sahaja yang boleh melaluinya pada satu-satu masa, yang dapat melintas dengan kelebaran berkenaan.

Pembinaan drawbridge mungkin ‘mengembangkan’hidung pemain politik kerana berbangga dengan jambatan yang dianggap ‘hebat’ itu.

Namun, bagi pemain industri perkapalan dari yang kecil seperti industri perkhimatan bot penambang, sehinggalah pengusaha kapal-kapal gergasi, sudah mula sakit dan menggelng kepala, kerana ‘kebodohan’ pencipta dasar yang memerintah.

Pengusaha kecil bot penambang yang menjadi warisan Seberang Takir, sudah tidak tahu apa yang mahu mereka kata tentang peruk nasi mereka yang terancam.

Sebelum ini terdapat kira-kira 70 buah bot penambang, tetapi sudah mengeci hanya tinggal hanya belasan dan hanya dua atau tiga yang masih beroperasi.

Para Kapten pengemudi kapal offshore dan pemain industri maritim sudah menghantar mesej kepada saya, bimbang tentang laluan sempit drawbridge dan menghadapi masa depan yang kelam.

Muara sungai Terengganu yang pernah menjadi pusat pembuatan dan pengeluaran kapal di rantau ini, mungkin akan berkubur selamanya!!!

***Haji Ahmad Amzad Hashin ialah Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd

Artikel berkait;
Bot Penambang ‘Ikon’ Seberang Takir Terancam!