13 Tahun Taman Ilmu Terbiar

1253

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT – Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘membina dan membiarkan tanpa siap’ selama 13 tahun Taman Ilmu di sini amat mendukacitakan.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sehingga ke hari ini tiada usaha memulihkan projek tersebut.

“Sehingga hari ini kita tidak melihat bagaimana usaha-usaha yang sedang dibuat dan kesimpulannya inilah nilaian wang rakyat,

“Sekarang tahun 2017……maknanya dalam lingkungan 13 tahun wang rakyat terbiar dan tergendala serta dipergunakan dalam keadaan yang tidak berasaskan kepada kepentingan rakyat ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Taman Ilmu di Tembila, Besut, Selasa, 10 Oktober, disini.

Beliau berkata, projek tersebut diasaskan dan dibina dizaman Dato’ Seri Idris Jusoh diatas tanah seluas 280 hektar dengan kos RM 350 juta.

“Jadi pada hari ini saya mahu menunjukkan kepada rakyat sepenuhnya apa yang ada di Taman Ilmu ini supaya kita melihat Ini adalah sebenarnya amanah yang rakyat serahkan,

“Sepatutnya masyarakat tahu bagaimana suasana yang (berlaku) sangat merugikan jutaan duit rakyat. (perkara) ini mesti diselesaikan dengan sebaik dan secepat mungkin,” tegasnya.

Katanya, projek itu terbengkalai kerana selain pengurusan pembangunan yang tidak teliti dan kemas, TamanIlmu juga dibina bukan berdasarkan kepada kepentingan rakyat.

Menurutnya, komponen infraksturtur projek itu bernilai RM 58.8 juta, masjid besar RM 46.8 juta, perpustakaan RM 49.9 juta dan Pusat Pentadbiran sebanyak RM 23.8 juta

“manakala kediaman pelajar RM 36.99 juta yang diserahkan kepada UNISZA dalam tempoh 20 tahun dan UNISZA membaikinya dengan kos RM 20 juta,

“diberikan hak untuk UNISZA tanpa membayar sewa dalam tempoh 10 tahun serta bekalan air RM 9.5 juta juga Kompleks Sukan dan Rekreasi yang agak terbiar dengan kos pembinaanya RM 30.5 juta,

“Ini nilaian Taman Ilmu yang berkemungkinan akan bertambah jika diperbaiki dan dipulihkan semula.

Projek Taman Ilmu yang dimulakan pada tahun 2004 itu menelan kos sehingga RM 350 duit rakyat