Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik
BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@ Azlan Yusof atau panggil...Readmore
300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN
BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selep...Readmore
Tengku Zaihan Cuai
BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan j...Readmore
"Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long
BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masuk hari ke lapan menyaksikan calon PAS, Haji Endot@A...Readmore
Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan oleh Barisa...Readmore
  • Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik

    BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya...

  • 300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN

    BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampu...

  • Tengku Zaihan Cuai

    BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Ja...

  • "Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long

    BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (...

  • Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS

    Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Tere...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/assalam.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/isu%20peniaga.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita23/kempen%20che%20long.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rayuan%20sumbangan%20prk.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

BN Pecah; Ketiga-tiga Komponen Utama BN Bantah

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MCA%20sabotaj%20BN.jpgPerpecahan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sejak dua hari lalu, apabila ketiga-tiga komponen utamanya membantah, selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Razak mengumumkan calon-calon mereka yang akan bertanding dalam pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13).


MCA menerima tentangan bukan sahaja dari ahli-ahlinya malah bekas Presiden MCA Ong Tee Keat yang digugurkan bercadang untuk bertanding atas tiket bebas di kawasan Ampang, kerusi yang disandangnya.

Di Pontian Johor,  300 orang ahli BN mengadakan bantahan di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai, di Kota Emasapabila Ahli Parlimen (AP) Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, tidak akan dicalonkan semula. [Gambar]

Mereka yang terlibat termasuk beberapa pemimpin utama MCA Bahagian Tanjong Piai iaitu Timbalan Ketua MCA Bahagian, Wiliam Tan Soo; Ketua Kongres India Malaysia (MIC), Encik Krishnan Kumar; dan ketua-ketua Umno cawangan.

Ketua Pemuda MCA, Encik Wong Kim Leong, berkata keputusan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, mengumumkan Timbalan Ketua Wanita MCA Negeri Johor, Cik Wong You Song, sebagai calon Parlimen di situ ternyata tidak disenangi kepimpinan MCA.

Menurut beliau, mereka mahu Datuk Wee dikekalkan bertanding di Tanjong Piai dan menganggapnya sudah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama lima tahun.

Umno yang menjadi tulang belakang BN turut membuat bantahan apabila tiga bilik gerakan Umno Bahagian Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

Tindakan Umno Shah Alam itu adalah kerana mereka merasa 'terhina' kerana pencalonan Zulkifli Nordin sebagaimana yang diumumkan.

Sehubungan itu, Pengarah Strategik MIC S Vell Paari telah memberi amaran, semua calon-calon parti itu akan kalah di Selangor dan cita-cita BN untuk menawan Selangor hanya sia-sia sekiranya mengekalkan pencalonan Zulkifli Nordin di Shah Alam.

Vell Paari berkata, MIC akan hilang 50 hingga  70 peratus undi kaum India kerana mencalonkan Naib Presiden Perkara yang telah menghina 'tuhan' orang-orang India yang beragama Hindu.

"Kita boleh kehilangan antara 50% kepada 70% undi kaum India yang boleh menyebabkan kekalahan bagi calon-calon MIC terutama di Selangor. Tetapi di mana (kawasan) undi kaum India menjadi undi penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk menawan Selangor, "kata Vell Paari.

Selain Shah Alam, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman memberi amaran, akan membuang bekas Ahli ParlimenTasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar daripada Umno jika beliau ingkar dan meneruskan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas.

Sebelum itu, Mohd Shariff seorang pemimpin veteran Umno, secara terbuka mengkritik BN kerana memilih calon yang "rakyat tidak mahu".

Shariff pada lewat malam Selasa telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas atau parti lain setelah tidak disenaraikan sebagai calon BN.

Bekas timbalan ketua menteri dan timbalan menteri pertanian itu mahu bertanding semula di kerusi berkenaan kerana mendakwa, ketika beliau menyerahkan kerusi tersebut kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob pada 2008, beliau telah dijanjikan akan diberi semula kerusi tersebut selepas sepenggal.

Nor Mohamed yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut digugurkan dari senarai calon BN Pulau Pinang kali ini.

Dalam pada itu, tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Last Updated on Thursday, 18 April 2013 01:18