Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik
BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@ Azlan Yusof atau panggil...Readmore
300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN
BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selep...Readmore
Tengku Zaihan Cuai
BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan j...Readmore
"Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long
BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masuk hari ke lapan menyaksikan calon PAS, Haji Endot@A...Readmore
Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan oleh Barisa...Readmore
  • Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik

    BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya...

  • 300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN

    BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampu...

  • Tengku Zaihan Cuai

    BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Ja...

  • "Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long

    BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (...

  • Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS

    Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Tere...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/assalam.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/isu%20peniaga.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita23/kempen%20che%20long.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rayuan%20sumbangan%20prk.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Kelemahan BN Ketara Dalam Pengurusan Hal Kedaulatan Dan Sempadan Negara

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/bansa1.jpgInsiden mengejutkan di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali.

Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, rakyat tentu masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Di bawah kepimpinan Umno-BN, negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Rata-rata rakyat, termasuk pemimpin BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.

Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran. Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu.

Tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis dialu-alukan rakyat.

Selain itu, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.

Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing  secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?

Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?

Selain itu, keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu seolah-olah “pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya” tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali.

Kunjungan Najib seharusnya tidak diambil kesempatan oleh Umno-BN untuk kepentingan politik sehingga menenggelamkan jasa perajurit-perajurit yang tergugur dan anggota polis dan askar yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.

Marilah sama-sama kita berdoa untuk para perajurit yang sedang berjuang mahupun gugur demi keselamatan rakyat Sabah dan kedaulatan negara dan juga berdoa agar pengakhiran muktamad kepada kemelut bersenjata ini akan tiba secepat mungkin.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
8 Mac 2013