Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8
KUALA TERENGGANU - Bumbung masjid Kampung Binjai Kertas di Kuala Berang yang runtuh semalam, Isnin 2...Readmore
Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008
KUALA TERENGGANU -  Sejak peristiwa perobohan masjid Bujal, banyak binaan dan bangunan terutamanya ...Readmore
Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Pula!
HULU TERENGGANU - Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas y...Readmore
'Banner' Pelik Muncul di Dun Alor Limbat
MARANG - Satu 'banner' (kain rentang) pelik muncul di kawasan Dewan Unangan Negeri (Dun) Alor Limbat...Readmore
Pemimpin Umno 'Bertopengkan' JKKK Menyusahkan Rakyat
KUALA TERENGGANU - Tindakan segelintir Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK...Readmore
  • Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8

    KUALA TERENGGANU - Bumbung masjid K...

  • Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008

    KUALA TERENGGANU -  Sejak peristiw...

  • Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Pula!

    HULU TERENGGANU - Tiada hujan dan t...

  • 'Banner' Pelik Muncul di Dun Alor Limbat

    MARANG - Satu 'banner' (kain rentan...

  • Pemimpin Umno 'Bertopengkan' JKKK Menyusahkan Rakyat

    KUALA TERENGGANU - Tindakan segelin...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/musafir%20homestay.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/fakta%20pru13.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/hijau%20FM.png



http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/ruang%20iklan.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

DAP Ikrar Bantu Pakatan Pertahan KT, Rampas DUN Bandar

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/jentera%20DAP%20KT.jpgKUALA TERENGGANU - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan, walau pun tidak bertanding mana-mana kerusi di negeri Terengganu, parti itu berikrar memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan ‘merampas’ kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar.

Justeru, Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing mengajak pengundi Tionghua khasnya dan rakyat Terengganu umumnya, menolak persepsi bahawa kerusi MCA di DUN Bandar adalah kekal kepada BN.

“meski pun DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi di Terengganu, kita (DAP menyatakan) komitmen untuk kekalkan Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS dan kita juga akan tolong Pakatan Rakyat untuk menang dan ‘rampas’ kerusi Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional.

“Persepsi rakyat dan pengundi Tionghua (Cina) perlu diubah bahawa Dun Bandar ini mesti untuk MCA, wakil orang Cina dan kita (DAP) mahu (kerusi) Parlimen dan Dun (Bandar) diberi kepada Pakatan Rakyat,”tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Jentera DAP bagi PRU13 untuk Parlimen Kuala Terengganu di Kampung Tiong, dekat sini, pada Khamis 7 Mac.

Beliau yakin, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mampu menjaga kebajikan rakyat serta pengundi masyarakat tionghua lebih baik dari MCA.

Katanya, rakyat mempunyai pilihan baru dengan membuat perubahan, memilih calon Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR di Terengganu selain MCA.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/cheong.jpgBeliau yang juga koordinator jentera PRU13 DAP Terengganu turut mengumumkan perlantikan Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Beliau berkata, Cheong merupakan anak jati Kampung Tiong yang pernah bertugas sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina yang juga mantan Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor serta bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, ketika diminta mengulas perlantikannya, Cheong (gambar bawah kiri) berkata, parti MCA dan Barisan Nasional tidak perlu lagi memainkan isu perkauman yang sempit seolah-olah Dun Bandar ini untuk orang Cina.

“Saya ingatkan para pengundi (Cina) dan rakyat supaya tidak terpedaya dengan MCA yang main isu perkauman. Jika wakil (calon) Cina (MCA) tidak menang (Dun) Bandar ini, maka tidak ada lagi orang Cina sebagai wakil (Adun).

“Saya cukup yakin dan percaya tanpa MCA, rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR boleh membela nasib semua kaum Melayu, Cina dan India dalam negeri dan negara ini,” tegasnya.

Kata Cheong lagi, mana-mana pihak terdiri dari para dermawan boleh membantu meringankan beban kewangan jawatankuasa pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, DAP Terengganu sebuah parti ‘miskin’ yang memerlukan persiapan rapi bagi jentera PRU13.

“Kita (DAP) akan buat ceramah berkelompok di tempat-tempat ramai pengundi Cina seperti di Dun Bandar, Dun Ladang, Dun Batu Burok dan beberapa Dun yang lain.

“Kita (DAP) perlu bantuan orang ramai untuk penyediaan bilik gerakan operasi, kenderaan Hilux yang boleh dijadikan pentas bergerak dan petugas parti sepenuh masa,” ujarnya.