Pasar Besar Kedai Payang; Rakyat Terus Suarakan Bantahan
KUALA TERENGGANU - Persatuan Pelancongan Terengganu menyarankan Kerajaan negeri Terengganu mempertim...Readmore
Kejadian Jenayah Kekerasan Menjadi-jadi Sejak PRU-13
BESUT - Kejadian jenayah kekerasan semakin menjadi-jadi dalam daerah ini dan kawasan persekitarannya...Readmore
Guru Guna Media Sosial Lebih Mulia Dari Exco Tayang Video Seks
KUALA TERENGGANU - Selepas beliau mengugut dan mengancam tidak akan melaksanakan pembangunan di kawa...Readmore
Wakil-wakil PAS Akan Membawa Suara Rakyat Menegur Kepincangan Kerajaan
KUALA TERENGGANU - PAS akan menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Persidangan Dewan ...Readmore
Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin
KUALA TERENGGANU - Kesemua enam orang yang dituduh terlibat dalam kes Insiden PRU-12 di Rusila diber...Readmore
  • Pasar Besar Kedai Payang; Rakyat Terus Suarakan Bantahan

    KUALA TERENGGANU - Persatuan Pelanc...

  • Kejadian Jenayah Kekerasan Menjadi-jadi Sejak PRU-13

    BESUT - Kejadian jenayah kekerasan ...

  • Guru Guna Media Sosial Lebih Mulia Dari Exco Tayang Video Seks

    KUALA TERENGGANU - Selepas beliau m...

  • Wakil-wakil PAS Akan Membawa Suara Rakyat Menegur Kepincangan Kerajaan

    KUALA TERENGGANU - PAS akan menghan...

  • Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin

    KUALA TERENGGANU - Kesemua enam ora...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/musafir%20homestay.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Lamega1.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Lamega.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/fakta%20pru13.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/ruang%20iklan.jpg

Hamas Buru 'Tali Barut' Israel

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/pintu%20rafah.jpgGAZA CITY - Pemerintah Gaza, Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah - Hamas berkata mereka akan memulakan kempen baru untuk mencari 'tali barut' dikalangan orang Palestin, yang memberi maklumat kepada rejim Israel.


Kol Mohammed Lafi dari Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata pada Isnin lalu, bahawa kempen itu bertujuan untuk melindungi kumpulan pejuang Palestin menentang Israel dan beliau memberikan amaran keras kepada rakyat Palestin, bahayanya perbuatan 'mengintip' bagi pihak Israel.

Menurutnya, pihak pegawai keselamatan rejim Israel telah lama bergantung pada rangkaian 'tali barut' di wilayah Palestin untuk untuk mendapat maklumat ketenteraan dan gerakan pejuang Palestin.

Sejak Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, ia telah tindakan keras kepada rakyat Palestin yang didapati kerjasama dengan Israel.

Seramai 24 orang telah ditembak oleh pasukan bersenjata dan 20 orang yang lainnya dipenjara kerana didapati menjadi 'munafik' dan menjadi penyumbang maklumat kepada pihak keselamatan israel.

Sehubungan itu, satu kumpulan hak asasi di Palestin menggesa Hamas untuk memastikan perbicaraan yang adil kepada mereka yang tertuduh.

Lafi berkata pelbagai kempen telah dibuat, termasuk mengeluarkan iklan di kaca TV dan tawaran pengampunan, yang bermula pada hari Rabu, 6 Mac.

[Gambar - 'bersesak di pintu Rafah'; Gaza menjadi tumpuan dunia apabila pintu masuk 'Rafah' dibuka oleh pemerintah Mesir sejak parti keadilan dan kebebasan, sayap politik Ikhwan al-muslimun Mesir menang dalam pilihanraya bebas, selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak dua tahun lalu]

UN Batalkan Larian Maraton

Sementara itu pada perkembangan lain, pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada minggu lalu telah membatalkan acara larian maraton di Gaza kerana Hamas telah mengharamkan pelari wanita dari menyertainya.

Larian maraton ketiga Gaza, acara mengumpul dana tahunan yang dirancang pada 10 April depan, telah dibatalkan selepas pemimpin Islam wilayah Palestin menghalang peserta wanita daripada menyertai, kata penganjurnya, Adnan Abu Hasna dari Agensi Bantuan PBB.

Menurut jurucakap PBB itu, pengharaman tersebut adalah usaha terbaru Hamas dalam siri keputusannya menguatkuasakan peraturan Islam pada masyarakat  Islam Palestin.

Namun, menurutnya beberapa langkah melaksanakan hukum-hukum Islam yang telah dilakukan oleh Hamas adalah disokong oleh rakyat Gaza, dan penguatkuasaan telah dibuat.

Namun begitu, Hamas membenarkan penyertaan seramai 1,600 kanak-kanak perempuan peringkat sekolah dan hanya membantah penyertaan seramai 370 orang wanita dewasa, termasuk peserta dari luar negara.

Jurucakap untuk pemerintah Hamas Taher al-Nounou berkata, PBB perlu menghormati keputusan pemerintah Gaza.

"pemerintah Gaza telah memaklumkan kepada agensi PBB, bahawa maraton perlu menghormati beberapa peraturan yang berkaitan dengan tradisi dan adat resam rakyat Palestin."ujarnya dalam mesej teks yang dihantar oleh pemerintah Gaza kepada agensi PBB terbabit.

 

Last Updated on Thursday, 07 March 2013 23:52