Guru Guna Media Sosial Lebih Mulia Dari Exco Tayang Video Seks
KUALA TERENGGANU - Selepas beliau mengugut dan mengancam tidak akan melaksanakan pembangunan di kawa...Readmore
Wakil-wakil PAS Akan Membawa Suara Rakyat Menegur Kepincangan Kerajaan
KUALA TERENGGANU - PAS akan menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Persidangan Dewan ...Readmore
Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin
KUALA TERENGGANU - Kesemua enam orang yang dituduh terlibat dalam kes Insiden PRU-12 di Rusila diber...Readmore
Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8
KUALA TERENGGANU - Bumbung masjid Kampung Binjai Kertas di Kuala Berang yang runtuh semalam, Isnin 2...Readmore
Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Pula!
HULU TERENGGANU - Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas y...Readmore
  • Guru Guna Media Sosial Lebih Mulia Dari Exco Tayang Video Seks

    KUALA TERENGGANU - Selepas beliau m...

  • Wakil-wakil PAS Akan Membawa Suara Rakyat Menegur Kepincangan Kerajaan

    KUALA TERENGGANU - PAS akan menghan...

  • Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin

    KUALA TERENGGANU - Kesemua enam ora...

  • Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8

    KUALA TERENGGANU - Bumbung masjid K...

  • Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Pula!

    HULU TERENGGANU - Tiada hujan dan t...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/musafir%20homestay.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/fakta%20pru13.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/hijau%20FM.png



http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/ruang%20iklan.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

Rakyat Kini Sudah Cerdik

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_0724.JPGMARANG - Seramai lebih 40 orang petugas PAS bagi Unit Peti Undi (UPU) Kampung Laut di sini, hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran gerak kerja UPU itu semalam pada Rabu 6 Mac.

Majlis itu yang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah adalah untuk meningkatkan motivasi kepada para petugas supaya dapat mengerahkan seluruh tenaga untuk mengekalkan kemenangan PAS di DUN tersebut dan parlimen Marang.

Selain itu, belau berharap, ahli dan para petugas PAS dapat melipatgandakan usaha dan kerja-kerja pilihanraya, bagi merealisasikan PAS Ganti Umno dan mengambil alih semula pemerintahan kerajaan negeri Terengganu.

Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor menyatakan bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dengan tidak menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh pemerintah baik dengan berita ataupun kebendaan.

“Rakyat terutama orang muda sekarang ini sudah cerdik. Mereka ambil apa yang diberikan, tetapi bila undi, mereka fikir dulu sebab undi adalah hak mereka,” ujar beliau.

Ini bermakna menurut beliau lagi, keadaan sekarang sudah tidak semestinya memihak kepada pihak yang memberikan wang atau apa-apa kebendaan bagi memujuk pengundi seperti keadaan zaman dahulu.

Perkara ini berlaku adalah hasil dari penyebaran maklumat berterusan tanpa jemu dari petugas-petugas PAS yang sangat komited dalam tugasan mereka bagi menyedarkan rakyat akan tipu daya dalam politik.

“Maklumat seperti wang kerajaan adalah wang dari rakyat dan bukan hak mutlak kerajaan sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat sekarang.
Buktinya sehingga sekarang pilihanraya belum diisytiharkan menunjukkan ketakutan dan keyakinan Umno bahawa rakyat menolak mereka sekarang ini,” tambah beliau.

Contoh kesungguhan penyebaran maklumat seperti inilah yang sangat dituntut dari petugas-petugas bagi membantu pimpinan PAS untuk mengalahkan musuh khususnya dalam pilihanraya yang semakin hampir.

Beliau  kemudiannya mengingatkan semua agar menetapkan keikhlasan dalam hati supaya sentiasa pekerjaan ini dikira sebagai pahala di sisi Allah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nor bagi memohon keberkatan dalam pekerjaan ini.