Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik
BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@ Azlan Yusof atau panggil...Readmore
300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN
BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selep...Readmore
Tengku Zaihan Cuai
BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan j...Readmore
"Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long
BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masuk hari ke lapan menyaksikan calon PAS, Haji Endot@A...Readmore
Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan oleh Barisa...Readmore
  • Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik

    BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya...

  • 300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN

    BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampu...

  • Tengku Zaihan Cuai

    BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Ja...

  • "Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long

    BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (...

  • Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS

    Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Tere...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/assalam.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/isu%20peniaga.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita23/kempen%20che%20long.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rayuan%20sumbangan%20prk.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Sahabatku Perantau, Perjuangan Ini Milik Bersama!

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/dr%20azman%20perantau%20hat13.jpgSaya mulakan bingkisan terbuka ini dengan ucapan tahniah kepada Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) atas kejayaan penganjuran Himpunan Anak-Anak Terengganu 2013 (HAT13) di Shah Alam, Ahad lepas.

Tentunya penganjuran ini dalam rangka untuk mendokong hasrat bersama menyumbang ke arah kemenangan PAS dan PR khususnya di negeri Terengganu tercinta dalam pilihanraya umum nanti.

Di samping saya hadir dengan matlamat untuk bertemu mata, bersapa khabar dengan anak-anak Jabi di perantauan, saya juga amat berminat untuk memetik buah-buah bernas dan bernilai serta lontaran idea anak-anak perantau Terengganu yang sebahagian besarnya telah membina base yang stabil dan kukuh di rantauan.

Mendengar sahabat-sahabat perantau meluahkan idea dan pendapat, tak salah rasanya sebagai salah seorang pimpinan Badan Perhubungan Pas Terengganu untuk saya turut sama berkongsi komentar membina.

Yang pertama, berkenaan luahan anak-anak perantau tentang hasrat mereka untuk turut sama menyumbang, tetapi kepulangan mereka seolah-olah tak dihargai dan dialu-alukan sehingga tidak ada program khusus yang diatur bagi mengisi jadual kepulangan sedangkan mereka sendiri mencanangkan kehebatan mereka di luar sehingga boleh muncul di kaca televisyen, tetapi kenapa tidak diperlukan di negeri sendiri?

Untuk mereka yang berpandangan sebegini, suka saya berkongsi rasa…

Wahai sahabatku para perantau, perjuangan ini adalah milik kita bersama, tanggungjawab kita bersama, amanah yang dipikul bersama, berada dalam perjuangan Islam adalah kebanggaan kita bersama. Tiada siapa menjadi tuan dan tiada siapa menjadi tetamu dalam perjuangan ini. Di medan ini kita bergelumang dengan segala macam kepayahan, suka, duka, tawa menangis semuanya kita lalui, ada ketikanya kita perlu menjadi tempoyak yang digaul di dalam budu, ada ketikanya kita diletakkan di atas par hantaran yang dihias indah. Matlamatnya hanya satu, demi mencari redha Ilahi!

Pulanglah wahai sahabatku atas keinginan kita ingin bersama mencemarkan duli di medan ini, membasahkan baju dengan peluh perjuangan, menipiskan poket dengan sumbangan di jalan Allah, menahan mata untuk bersama memerah otak mencari kaedah terbaik bagaimana Islam boleh dimenangkan, mengalirkan air mata bersama berkongsi susah senang masyarakat, jangan bercita-cita untuk selalu berada di atas pentas dan mimbar setiap kali bumi kampung halaman dijejaki kerana medan dan tugas perjuangan ini sangat luas dan pelbagai, pulanglah… pulanglah…

Sahabatku perantau,  jangan beranggapan setiap kepulanganmu akan disambut sebagai tetamu, segalanya tersedia, senarai program untukmu telah siap disusun, dan tentunya keinginanmu biarlah program bertaraf berprestij, bukannya program debek atau cabuk, jangan… jangan…

Tak akan rendah nilai ijazahmu sekalipun kamu merendahkan diri. Nilai pengalaman, kemahiran, kepandaian yang sahabat semua miliki amat kami perlukan. Di lapangan ini, kadang-kadang ustaz lulusan SPM pun kami manfaatkan demi untuk mengisi program, apatah lagi sahabatku perantau yang memiliki ijazah berjela. Buangkan jauh-jauh rasa bahawa kepulanganmu tidak dialu-alukan dan disambut hangat. Maafkan kami kalau ada ketikanya mungkin kami terlepas pandang, ada ketikanya memang kami tidak mendapat maklumat, ada ketikanya kami juga telah beberapa malam belum berkesempatan merasai nikmat empuknya batal tidur, ada ketikanya kami menangis merasai sama kesusahan rakyat walaupun sebenarnya anak-anak dan isteri kami di rumah juga mencatu keperluan harian mereka lantaran kesuntukan belanja, ada ketikanya kereta kami tersadai di tepi jalan lantaran kehabisan petrol, ada ketikanya kami hampir-hampir tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar tol, Ada ketikanya… ada ketikanya…

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/hat13.jpg

Air mata saya selalunya akan mengalir tanpa diundang apabila menghadiri majlis pecah tabung buluh di cawangan. Tabung dari sebatang buluh, di dalamnya disimpan ‘samah’ sehari oleh ahli-ahli di peringkat cawangan, dibelah 2 atau 3 bulan sekali beramai-ramai, keluarlah pitih syiling bersekali dengan habuk batang buluh, disusun syiling ini dan dikira… bila ditanya kepada cawangan, duit ini nak buat apa, jawab mereka untuk biaya anak-anak rantau pengundi luar yang akan balik mengundi nanti… Saya tidak malu sedikit pun untuk menyatakan hakikat ini khususnya kami di Jabi. Harap anak-anak rantau kita yang pulang mengundi nanti sudi untuk menerimanya walaupun ia hanyalah duit dari tabung buluh! Kamu semua sangat berharga di mata kami wahai sahabatku…

Yang kedua, ada perantau yang meluahkan kekesalan dengan gaya kepimpinan Pas Terengganu yang didakwa sombong, sehingga sukar untuk menerima orang luar. Terima kasih atas teguran dan kami tentunya terbuka untuk sentiasa mengoreksi diri kerana terpilih berada di saf memikul amanah kepimpinan bukannya tugas mudah. Cuma elok dan lebih fokus kalau sekiranya dapat diperincikan butirannya untuk menyokong dakwaan ini supaya lebih mudah tindakan pembetulan diambil. Kami terima hakikat ada ketikanya kita tidak dapat menilai diri sendiri dan kalau ada sahabat yang boleh memberitahu kekurangan kita, tentunya kita sangat berterima kasih.  Harapan kami ia bukanlah sekadar dakwaan rambang tanpa fakta dan perincian.

Yang ketiga, saya melihat ada kecenderungan sahabat-sahabat perantau untuk membuat kesimpulan mudah terhadap suasana politik dan gerak kerja yang sedang berlangsung. Tak bijak kalau sekiranya kita pulang jarang-jarang sekali, bertemu dengan seorang dua orang kampung dan mendapati mereka tidak tahu tentang sesuatu isu lantas terus kita membuat kesimpulan bahawa kerja-kerja penyebaran maklumat dan isu tidak dibuat oleh jentera parti. Sebab itulah saya suka mengingatkan sahabat-sahabat perantau untuk kita tidak syok seorang diri, mencongak dari dalam bilik pejabat berhawa dingin tanpa kita terjun ke medan sebenar. Dalam politik ada ketikanya 2 + 2 jawapannya bukan 4! Kami tidak menyatakan bahawa gerak kerja yang telah kami lakukan adalah terbaik dan kami tidak memerlukan apa-apa pandangan dan kritikan lagi, tetapi membuat kesimpulan terlalu mudah tanpa fakta adalah suatu kebodohan! Dengan maaf…

Yang keempat, memerhatikan cadangan-cadangan dan saranan-saranan yang dikemukakan, kelihatan ianya masih lagi rentak dan irama sama yang diulang siar, ada juga yang mengambil tempo bercakap untuk mempromosi diri, dengan ucapan terima kasih kepada beberapa sahabat yang bercakap berpijak di bumi nyata, realistik mengfokuskan kepada peranan yang seharusnya dimainkan perantau. Apakah ramai perantau sebenarnya tidak peka dengan perkembangan negeri sendiri lantaran saya menilai dengan maaf,majoriti mereka bercakap dalam kontek ‘out of date’. Bersemangat memberikan idea dalam perkara yang sebenarnya sudah sedia difahami hatta oleh ahli kita diperingkat cawangan, memberikan cadangan-cadangan gerak kerja yang telah lama kami buat, dengan lain perkataan… ‘nothing new..’ Nasihat saya, pulanglah lebih kerap wahai sahabatku.

Point-point akhir mungkin berupa komentar yang agak keras dari saya, tapi kita semua inginkan kebaikan supaya peranan Perantau terus relevan dan dihormati.

Dr. Azman Ibrahim
Pengarah MTD Jabi
Anggota Perhubungan PAS Terengganu

 

Last Updated on Tuesday, 07 May 2013 17:11