Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik
BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@ Azlan Yusof atau panggil...Readmore
300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN
BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selep...Readmore
Tengku Zaihan Cuai
BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan j...Readmore
"Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long
BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masuk hari ke lapan menyaksikan calon PAS, Haji Endot@A...Readmore
Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan oleh Barisa...Readmore
  • Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik

    BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya...

  • 300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN

    BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampu...

  • Tengku Zaihan Cuai

    BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Ja...

  • "Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long

    BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (...

  • Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS

    Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Tere...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/assalam.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/isu%20peniaga.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita23/kempen%20che%20long.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rayuan%20sumbangan%20prk.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Persiapan Mendepani PRU-13

  • PDF

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTyaqGCJDNp5OBkahB_vcYoiZJNU6o-glXjTUauvoQgnpNJ3NSjqwGendang pilihan raya semakin kencang dipalu menandakan PRU 13 semakin dekat. Pilihan raya kali ini menjadi gelanggang pertarungan yang sangat hebat kerana BN akan mempertahankan kuasanya dengan apa cara sekalipun.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib merayu supaya rakyat memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk memerintah Malaysia. Pakatan Rakyat (PR) pula bertekad untuk menamatkan hayat pemerintahan BN yang dilihat denyut nadinya semakin lemah.

UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN itu menggunakan sepenuhnya kemudahan kerajaan disemua kementerian bagi membantunya menyambung talian hayat kerajaan BN.  Institusi undang-undang, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain institusi digunakan oleh kerajaan BN untuk mempertahankan kuasanya.  BN tidak sanggup bertarung dengan PR di atas padang yang sama rata kerana pilihan raya yang bersih tidak membantu kemenangannya.

Penganalisis politik melihat PRU 13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.  UMNO akan menggunakan pendekatan budaya samseng untuk menghalang PR ke Putrajaya.  Dalam tahun 1969 UMNO menggunakan “Pemuda Tahan Lasak” untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.  Kali ini UMNO menggunakan lagi budaya samseng di mana mereka melakukan provokasi sehingga menumpahkan darah.  Dalam “Himpunan Bersih” berlaku pertumpahan darah dan yang terbaru semasa majlis ceramah PR di Gombak, Selangor berlaku lagi pertumpahan darah.

Jalan PR ke Putrajaya tidak begitu mudah kerana banyak liku-liku tajam yang terpaksa dihadapi.  PR bukan sahaja berdepan dengan budaya samseng parti-parti komponen BN, tetapi juga berhadapan dengan sebuah kerajaan yang mempunyai segala kemudahan.  PR tidak mempunyai banyak kemudahan berbanding dengan BN walaupun memerintah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan PR tidak mengambil kesempatan menggunakan harta kerajaan untuk tujuan matlamat politiknya.

Pakatan Rakyat harus membina kekuatan sendiri dengan memperkukuhkan jentera pilihan raya dan mengatur strategi dengan berkesan.  Memperkasakan tahaluf siasi adalah antara strategi yang membantu kemenangan.  Jangan ada di kalangan pemimpin PR merobekkan tahaluf siasi dengan membangkitkan isu sensitif yang boleh mengeruhkan suasana dan merenggangkan hubungan dalam PR.  Jangan semua pemimpin ghairah mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan strategi untuk meraih kemenangan. 

Biarlah kenyataan yang membabitkan organisasi hanya dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi parti sahaja.  Kalau semua orang ghairah mengeluarkan kenyataan, berkemungkinan terdapat unsur negatif yang menjejaskan tahaluf siasi.  Kesilapan mengeluarkan kenyataan akan dimanipulasikan oleh media dan memberi peluang kepada BN untuk memukul PR. Kita tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk membetulkan kenyataan, sepatutnya kita menyerang BN dengan fakta yang tepat dan meyakinkan orang ramai. 

Disamping menggerakkan strategi bersama dengan rakan-rakan dalam PR, PAS hendaklah juga mencari kekuatan sendiri dalam menghadapi PRU ke 13.  Ahli-ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat hendaklah segera memberikan respons kepada tujuh perkara yang merupakan arahan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dipenghujung ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke 58 baru-baru ini.  Halaman 26 dan 27 buku ucapan dasar Presiden hendaklah diberi perhatian secara khusus oleh semua ahli PAS dan seterusnya bertindak dengan segera.  

Beliau mengharapkan semua ahli PAS memurnikan fikrah perjuangan supaya kita semua mendapat keredaan Allah SWT.  Fikrah perjuangan ahli PAS hendaklah sentiasa berada di atas landasan yang betul, iaitu tidak tergelincir dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Fikrah perjuangan tidak boleh dipisahkan dari akidah Islam.  Fikrah dan tindakan politik hendaklah selari dengan akidah Islam itu sendiri.  Kecelaruan akan timbul jika fikrah perjuangan ahli tidak murni walaupun PAS diberi kemenangan oleh Allah SWT.

Perbezaan pendapat tidak boleh disamakan dengan perbezaan fikrah.  Perbezaan pendapat jika diuruskan dengan baik akan membuahkan nilai yang positif.  Pendapat yang berkualiti jika dicantumkan akan menjadi sejambak bunga yang mengharumkan taman, tetapi perbezaan fikrah akan membusukkan taman dan mencacatkan pandangan.  Tidak ada siapa yang boleh memurnikan perbezaan fikrah dengan berkesan melainkan ahli-ahli PAS sendiri.  Kalau semua ahli berada di atas landasan  Ahlus Sunnah Wal Jamaah, masalah tersebut tidak berbangkit lagi.

Presiden mengarahkan semua anggota PAS supaya berada di pengkalan masing-masing.  Semua peringkat kepimpinan dalam parti bermula dari cawangan, DUN, kawasan, negeri dan pusat hendaklah berperanan semaksimanya memperkukuhkan jentera parti dengan mengikut panduan dan arahan pimpinan tertinggi dari semasa ke semasa.  Kepatuhan ahli kepada arahan pimpinan adalah asas untuk meraih kemenangan.  Pimpinan hendaklah memberikan arahan dengan jelas dan ahli-ahli pula hendaklah berkerja dengan ikhlas.

Beliau mengarahkan semua petugas pilihan raya supaya mendekati rakyat dengan hikmah, bukannya menjauhi mereka.  Penceramah yang tidak cermat semasa menyampaikan ucapan, mungkin menyentuh hati pendengar dan mereka akan lari kerana tersinggung dengan sepatah perkataan yang disebut.  Ada pendengar tidak suka penceramah menyebut perkataan “bodoh” yang ditujukan kepada mereka kerana perkataan itu sangat sensitif dan negatif.  Pendengar yang ada di hadapan adalah terdiri dari berbagai jenis manusia, termasuk orang “atas pagar” yang perlu dijinakkan supaya mereka memberi sokongan kepada PR dalam pilihan raya.  Perkataan yang negatif dan bahasa yang tidak disenangi oleh pendengar akan merugikan dakwah.

Presiden juga menyeru kepada semua anggota parti mengambil pendekatan kebajikan dalam usaha menawan hati masyarakat.  Kadang-kadang pendekatan kebajikan lebih berkesan dalam menawan hati manusia berbanding dengan pendekatan yang lain.  Gerakan Islam di Turki, Algeria, Indonesia dan Tunisia berjaya menawan hati rakyat di negara tersebut melalui pendekatan kebajikan.  Pemimpin PAS juga yakin pendekatan kebajikan boleh membantu meraih sokongan rakyat dan PAS telah pun menggunakan pendekatan tersebut, tetapi kurang berkesan.

PAS telah mengadakan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) tetapi kurang berkesan kerana kelemahan jentera parti kita sendiri.  PKM melibatkan wang keluar lebih banyak dari wang masuk kerana banyak pembayaran yang terpaksa dibuat, sekurang-kurangnya bayaran gaji atau imbuhan pegawai yang bertugas sepenuh masa.  Banyak DUN tidak mampu membayar gaji kepada pegawai tersebut menyebabkan PKM tidak berfungsi dengan sebaik-baiknya.  Di negeri-negeri yang diperintah oleh PR mungkin masalah tersebut boleh ditangani dengan baik.   

PKM hendaklah diperkasakan supaya institusi itu dapat berperanan dengan berkesan menawan hati rakyat.  Saya tidak nampak ahli-ahli PAS yang sudah melebihi 752,818 orang dan cawangan PAS melebihi 6,503 di seluruh negara itu tidak mampu untuk memperkasakan PKM.  Kalau ahli PAS boleh berkorban wang ringgit untuk menjayakan program parti yang lain, saya yakin mereka juga boleh berkorban untuk memperkasakan institusi tersebut.  Jika pendekatan kebajikan dapat digerakkan dengan berkesan, maka jalan ke Puterajaya akan terbuka luas.

Presiden juga mengarahkan semua anggota parti supaya mencari kekuatan dengan ukhwah.  Sebenarnya ukhwah di kalangan anggota PAS sudah ada, cuma barangkali belum mecapai ke tahap yang dikehendaki oleh jamaah Islam.  Apakah ada ahli-ahli PAS meletakkan kepentingan sahabatnya melebihi dari kepentingan dirinya sendiri?  Mungkin ada, tetapi jumlahnya tidak ramai yang sampai ke tahap itu.  Insya Allah amalan ziarah, mesyuarat dan usrah yang berkesan boleh membina ahli PAS sampai ke tahap itu.  Usrah yang berkesan bukan sekadar membincang kurikulum usrah, tetapi juga membincangkan masalah sahabat serta menanganinya dengan segera.

Usrah yang berkesan juga mampu menyeragamkan fikrah di kalangan ahli.  Selagi fikrah tidak seragam maka usaha untuk mewujudkan ukhwah yang sebenar tidak tercapai.  Kalau kita mahu mencapai tahap ukhwah yang sebenar, ahli-ahli PAS hendaklah melupai perbezaan fikrah dan memahami matlamat perjuangan parti seperti yang terdapat dalam perlembagaan PAS.  Presiden mengarahkan kepada semua pihak dalam PAS supaya sentiasa menggenggam matlamat perjuangan parti untuk mencari keredaan Allah SWT dan meraih kemenangan.

Presiden mengingatkan PRU ke 13 adalah pilihan raya yang luar biasa.  BN akan menggunakan segala kekuatannya untuk menghadapi PR walaupun dengan cara yang tidak bermoral.  Untuk menghadapi sepak terajang politik kotor UMNO, Presiden mengarahkan petugas PAS di semua peringkat supaya mempunyai persiapan rohani yang cukup.  Kekuatan rohani dapat dijana dengan melakukan hubungan dengan Allah SWT secara berterusan.  Tidak ada siapa yang boleh membantu perjuangan kita dengan bantuan yang sebenar melainkan Allah SWT.  KepadaNyalah kita mengadu dan memohon pertolongan. 

Ahli-ahli PAS hendaklah banyak berdoa dan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT. Sembahyang hajat merupakan saluran untuk menyampaikan hasrat hati kita kepada Allah SWT.  Ahli-ahli PAS sudah biasa sembahyang hajat samada secara persendirian atau berjamaah bila ada keperluan.  Dalam menghadapi PRU ke 13 petugas-petugas PAS yang berada di semua pengkalan hendaklah meningkatkan lagi munajat dan doa kepada Allah SWT.  Sembahyang hajat biarlah menjadi amalan yang berterusan, bukannya bermusim pada masa tertentu sahaja.

Begitu juga sembahyang fardu berjamaah, hendaklah diutamakan oleh petugas-petugas PAS.  Dalam pilihan raya yang lalu ramai petugas-petugas PAS tidak mengambil berat sembahyang berjamaah.  Mereka yang sibuk dengan urusan pilihan raya sampai lupa sembahyang berjamaah dalam waktunya.  Tidak manasabah seorang petugas gerakan Islam sembahyang fardu secara sendirian sedangkan sembahyang berjamaah mendapat kelebihan dan menjana kekuatan yang luar biasa.

Marilah kita menjana kekuatan rohani dengan sembahyang berjamaah di masjid kerana di masjidlah tempat turunnya rahmat Allah SWT.  Pengkalan gerakan Islam yang sebenarnya ialah di masjid dan dari situlah Islam melebarkan sayapnya ke tengah masyarakat.  Kekuatan rohani juga dapat dari sembahyang malam sebagaimana umat zaman silam mendapat kekuatan dari tahajjud dalam menghadapi musuh.  Malam hari mereka sujud kepada Allah SWT dan siangnya mereka bertempur di medan perang seperti singa yang gagah perkasa.  Kita belajar dari sejarah perjuangan umat zaman silam untuk mendapat kekuatan yang sebenar.  Semoga arahan Presiden dimanifestasikan dalam bentuk tindakan dengan segera.

**Penulis ialah Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat

 

Last Updated on Tuesday, 12 February 2013 19:24