Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik
BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@ Azlan Yusof atau panggil...Readmore
300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN
BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selep...Readmore
Tengku Zaihan Cuai
BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Haji Mohamad Said menyifatkan j...Readmore
"Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long
BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masuk hari ke lapan menyaksikan calon PAS, Haji Endot@A...Readmore
Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan oleh Barisa...Readmore
  • Che Long Harap Keputusan Undi Awal Lebih Baik

    BESUT - Calon PAS bagi Pilihan Raya...

  • 300 Penduduk Mangsa Dendam Kesumat Politik Umno- BN

    BESUT - Lebih 300 penduduk di Kampu...

  • Tengku Zaihan Cuai

    BESUT - Mantan Timbalan Pengarah Ja...

  • "Minta adik-kakak semua undi 'ambo',"Seru Che Long

    BESUT - Kempen Pilihan Raya Kecil (...

  • Dun Rantau Abang dan Teluk Pasu kekal milik PAS

    Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Tere...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/assalam.jpg

Like Us ON Facebook

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/isu%20peniaga.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita23/kempen%20che%20long.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rayuan%20sumbangan%20prk.jpg

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ruang%20iklan1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif

Qardhawi Akan Pergi, Mesir Baru Akan Muncul!

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/alqardhawi.jpgKhutbah Syeikh Yusuf Qardhawi pada Jumaat lepas merupakan yang terakhir bagi tahun 2012 dan kedua dalam tempoh dua bulan. Kementerian Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau setiap bulan bagi menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh sekalian umat Islam khasnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.

Sekalipun Syeikh Qardhawi menjangkau usia hampir 90 tahun tetapi kelantangan dan kepetahannya berhujah seperti usia di awal 30-an dan ditambah ingatannya yang kuat membuatkan setiap kalimah yang dilontarkan dinanti-nantikan oleh pendengar.

Agak malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar hari ini berkurangan berbanding Jumaat pertama beliau menyampaikan khutbah sebulan lalu.

Khutbah Syiekh Qardhawi hari ini berkisar kepada dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di Syria.

Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bersatu sepertimana yang dilakukan mereka di Tahrir bagi menumbangkan rejim Mubarak. "Saya melihat sendiri bagaimana seorang Kristian tolong mencurahkan air untuk saudara Islamnya untuk berwudhuk di Tahrir."

Apa yang menyentuh perasaan para pendengar ialah apabila beliau berkata, "Saya telah menjangkau usia 87 tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu.."

Berkaitan konflik di Syria, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada rakyat Syria terlalu hampir. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang terus-terang bersekongkol dengan rejim Basyar yang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.

Sementara itu, telah berlaku lima peristiwa besar dalam sejarah politik Mesir sepanjang tahun 2012:

1) Seorang Presiden Mesir yang pertama dipilih oleh rakyat sejak tertubuhnya Republik Arab Mesir sejak 60 tahun lalu (atau lebih 7,000 tahun pada pandangan pemimpin FJP, Dr.Mohammad El-Baltaji) melalui pilihanraya yang telus dan bebas.

2) Pemecatan Ketua Tentera, Musyir Husin Tantawi dan timbalannya, Sami 'Annan dan menjadikan institusi tentera benar-benar berada di bawah kawalan Presiden, bukan Menteri Pertahanan.

3) Perlembagaan Mesir pertama sejak penubuhan Republik yang menyaksikan sebuah panel perlembagaan yang dianggotai mewakili semua lapisan masyarakat dan diadakan pungutan suara secara telus.

4) Semua percubaan dan komplot untuk menggulingkan Presiden Mursi sejak pelantikannya menemui kegagalan. (Komplot Majlis Tentera-Perancangan Pegawai Tinggi Perisikan-Komplot rahsia Mahkamah Tinggi Perlembagaan-Provokasi kumpulan "Barisan Penyelamat")

5) Penyingkiran bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud dan pelantikan penyandang baru yang lebih profesional, Tala'at Abdullah. Maka bermulalah siasatan kepada kes-kes berprofail tinggi.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Mesir, Mohammed Morsi mengisytiharkan negara itu kini menuju "era baru" kerana perlembagaan yang diterima baru-baru ini menjamin kesaksamaan dan meletakkan kuasa di tangan anggota perundangan, bukannya presiden.

Beliau mengatakan demikian dalam ucapan sulungnya selepas tiga hari menurunkan tandatangan ke atas perlembagaan baru.

Perlembagaan kontroversi, yang diterima menerusi referendum baru, dengan 63 peratus menyokong, kini menjadi undang-undang baru negara benua Afrika itu.

"Kini sudah tidak ada kezaliman, diskriminasi atau sudah tidak ada ketidakadilan sosial," kata Mohammed ketika berucap di hadapan anggota dewan tinggi Parlimen, ketua parti-parti politik, orang kenamaan dan diplomat di sini, semalam.

Mohammed yang menyandang jawatan presiden sejak Jun lalu, yang dipilih dalam pilihan raya bebas pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan awal 2011 berkata:

"Setiap rakyat tidak kira kelas mereka atau apa yang percaya atau kedudukan politik mereka, kesemua adalah sama rata di bawah undang-undang dan di bawah perlembagaan ini."

"Mesir tidak boleh dibina oleh segelintir rakyat manakala yang lain pula ketinggalan di belakang. Mesir adalah untuk setiap rakyat Mesir.

"Kebebasan adalah untuk semua, tanpa tiada yang terkecuali. Dan, demokrasi adalah hasil usaha setiap orang selepas kejayaan revolusi 25 Januari (2011)," kata beliau.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/senate%20Mesir.jpgSemasa menyampaikan ucapan di Parlimen di hadapan Anggota Dewan Senat yang disiarkan secara langsung melalui televisyen Mesir,  Morsi meminta rakyat untuk bekerja bagi meningkatkan produktiviti negara selepas majoriti rakyat menyatakan persetujuan mereka kepada perlembagaan melalui peti-peti undi.

Mengulas bahawa Mesir menuju sebuah negara muflis, Mursi berkata, "Mereka yang berkata Mesir akan muflis sebenarnya mereka yang muflis." Beliau mengulas dakwaan "Barisan Penyelamat" yang dikeluarkan oleh Amru Musa bahawa Mesir sedang menuju negara muflis dan nilaian pound Mesir akan merosot kepada LE7 dengan USD1. "Mesir tidak akan muflis. Tanda sayang kita kepada negara untuk tidak muflis ialah bekerja dan membangunkan negara.." nada Mursi yang penuh yakin.

Para pemerhati politik melihat kenyataan tersebut sebagai "modal" baru yang direka oleh mereka setelah perancangan mereka supaya rakyat menolak perlembagaan menemui kegagalan.

Beberapa hari lalu, Amru Musa juga mencadangkan agar Mursi mengetuai kerajaan "sementara" selama setahun dan melantik menteri kabinet dari kalangan semua parti termasuk Barisan Penyelamat dan menangguhkan Pilihanraya Parlimen yang dijangka sebelum Februari depan. Menurut Musa, cadangan ini bagi menjimatkan kos mengurus Pilihanraya Parlimen dan menumpukan kepada pembangunan ekonomi.

Beliau kemudian bertanya, "Adakah tergamak bagi orang yang berkata demikian, sebagai seorang warganegara sanggup melihat negara tumpah darahnya muflis? Tidak, tidak akan ada dikalangan kita sama ada penentang atau kerajaan yang sanggup melihat negara sendiri muflis."

Selain 270 orang Anggota Dewan Senat termasuk 90 orang anggota yang dilantik dan mengangkat sumpah Rabu lalu, turut hadir mendengar ucapan tersebut ialah Naib Presiden Mahmoud Mekki, Perdana Menteri Dr.Hisyam Qandil, Speaker Dewan Senat Dr.Ahmed Fahmi, jemaah menteri, para pembesar negara dan orang kenamaan