Kerajaan Umno Terengganu 'Berdolak-dalih' Tentang Isu Hantar Pelajar Ke Mesir
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini, gagal menya...Readmore
Ahmad Said Tak Jawab Mengapa Jawatankuasa Agama Islam Tak Ada
KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertikai tindakan Kerajaan...Readmore
Hentikan ‘Operasi Pemutihan’ Di Pasar Jerteh, Patuhi Titah Tuanku Sultan
BESUT - PAS Kawasan Besut memandang serius gerakan ‘Operasi Pemutihan’ yang sedang dijalankan ol...Readmore
Sidang DUN; Usul Bincang Perobohan Pasar Payang DiTolak
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed azman Syed Ahmad Nawawi mew...Readmore
Buang Sentimen Parti; JKKK Diminta Taat Titah Sultan
KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diseluruh negeri Terengganu ...Readmore
  • Kerajaan Umno Terengganu 'Berdolak-dalih' Tentang Isu Hantar Pelajar Ke Mesir

    KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno da...

  • Ahmad Said Tak Jawab Mengapa Jawatankuasa Agama Islam Tak Ada

    KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Da...

  • Hentikan ‘Operasi Pemutihan’ Di Pasar Jerteh, Patuhi Titah Tuanku Sultan

    BESUT - PAS Kawasan Besut memandang...

  • Sidang DUN; Usul Bincang Perobohan Pasar Payang DiTolak

    KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undan...

  • Buang Sentimen Parti; JKKK Diminta Taat Titah Sultan

    KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Kem...

Buletin Online's Channel

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/musafir%20homestay.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita20/itpas.gif


http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih1.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/fakta%20pru13.jpg


http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/ruang%20iklan.jpg

PAHAT Tolak Tuduhan Umno

  • PDF

HULU TERENGGANU - Penubuhan Kelab Kembara 4x4 Hulu Terengganu (PAS's Hulu Terengganu Adventure Team - PAHAT) membuktikan PAS bukan hanya 'parti tok lebai' dan menunjukkan orang PAS juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi segenap aspek.


Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, ia sekali gus diharapkan menjawab tuduhan pihak tertentu, terutamanya Umno yang selama ini sekadar beranggapan PAS hanya tahu membangkang segala yang dilakukan kerajaan sahaja.

“Selama ini, tuduhan dan cakap-cakap di kedai kopi sering mengatakan Pas sebuah parti pembangkang yang tiada kerja lain, selain membangkang, sedangkan hakikat sebenarnya kita (PAS) juga turut melakukan macam-macam aktiviti.

“Pelancaran Pahat hari ini (kelmarin), diharapkan menjadi satu lagi bukti menunjukkan tuduhan serta cakap-cakap kedai kopi itu sebenarnya tidak betul. Diharapkan juga, ia membuka mata pihak yang selama ini sering melemparkan tuduhan,” katanya.

Malah menurutnya, melalui penubuhan kelab pacuan empat roda PAS itu juga, ia dilihat lebih ke hadapan dan melalui ‘roadshow’ yang dilakukan, ia secara tidak langsung dapat dekatkan diri dengan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kelab Pahat 4x4 di sini, pada Jumaat 18 Mei.

Perasmian disempurnakan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 150 pacuan empat roda pelbagai jenis, disertai peserta Kembara Tarbawi ke Gunung Gajah Terom, Sungai Tersat yang memulakan perjalanan daripada Rusila, Marang.

Muhyiddin juga berkata, penubuhan kelab 4x4 sedemikian juga mampu menarik satu golongan yang meminati aktiviti lasak untuk berkumpul selain melatih kekuatan mental serta fizikal setiap ahli.

“Diharapkan juga jawatankuasa PAHAT ini lebih bergerak aktif selepas ini dalam usaha menambah keanggotaan dan dalam konteks ini, ia dilihat mempunyai potensi besar memandangkan rata-rata pekebun di Hulu Terengganu ini pasti mempunyai kenderaan jenis pacuan empat roda,” katanya

http://www.youtube.com/watch?v=mbvvwEWD-Qw

 

Last Updated on Tuesday, 14 August 2012 15:18