Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Berita Dalam Negeri PRK Bagan Pinang; SPR Tidak telus, ruang hanya kepada parti pemerintah.

PRK Bagan Pinang; SPR Tidak telus, ruang hanya kepada parti pemerintah.

E-mail Print PDF

- Sukar Tembusi Kem Askar Untuk Kempen
MARANG - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam tindakannya menangani isu-isu yang berkaitan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/IMG_3028.jpgKetuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, keadaan itu terbukti apabila SPR tidak mengemukakan sebarang hujah dalam menetapkan hari pengundian pada waktu cuti di kawasan terbabit tetapi tidak berlaku di Manek Urai, Kelantan dan Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau turut menyifatkan SPR sebagai tidak telus kerana masih lagi terikat dengan pihak parti pemerintah, sehingga tidak memberi ruang kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya membuka peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


”Di Bagan Pinang, Negeri Sembilan iaitu di kawasan UMNO, SPR boleh pula menetapkan hari pengundian pada waktu cuti, mungkin dengan harapan supaya Barisan Nasional (BN) menang berikutan kawasan terbabit sebelum ini disandang ADUN daripada BN,

”Ini menunjukkan SPR bersikap “double standard” apabila di kawasan yang disandang Pas, tarikh pengundian ditetapkan pada hari bekerja.
Kita melihat SPR masih tidak telus,”katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan dan Iftar Pemuda Marang (gambar), di Rusila, dekat sini, semalam.

Menurut Ustaz Mohd Nor, beberapa faktor lain turut memperlihatkan SPR cuba mencari ruang sepenuhnya untuk melihat UMNO dan BN menang.

Katanya, antara isu yang paling besar adalah masalah pengundi pos melibatkan tentera dimana proses pengundian dilihat sebagai tidak telus kerana setiap anggota diminta memasukkan kedua dua sampul borang kehadiran mengundi dan sampul kertas undi ke dalam satu sampul lain sebelum diletakkan dalam beg peti undi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/farizsemalam.jpgSementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata agak sukar untuk menembusi kem-kem askar untuk menjalankan gerakkerja kempen bagi pilihanraya kecil tersebut.

Walau bagaimana pun menurutnya, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada pihak SPR supaya memberi perhatian mengambil tindakan secara serius berkaitan undi pos.
 
Sehubungan itu, Majlis Pemuda Pakatan Rakyat telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama diantara parti-parti yang bergabung bagi menghadapi bersama suasana di Bagan Pinang.

”AlhamduliLlah, kita akan menjalankan program bersama termasuk pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat pada 27 September, di Kampung Bagan Pinang,

”pengkususan pemantauan berkenaan pengundi pos akan di berikan kepada Pemuda PAS, dalam masa yang sama gerakan bersepadu akan dilakukan oleh pemuda Pakatan Rakyat,”ujarnya ketika sebelum majlis Iftar AMK di Jalan Hiliran, petang semalam.

SPR telah menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari penamaan calon, sementara pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pula pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil kawasan itu adalah yang kesembilan diadakan di negara ini selepas pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi sebelumnya, Azman Mohd Noor daripada BN pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.


Last Updated ( Wednesday, 23 September 2009 18:12 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693














PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/konmus.gif










Konvensyen Muslimat Negeri Terengganu
6hb Februari, 2010, Masjid Rusila, Marang






http://buletinonline.net/images/stories/berita22/seminarwartawan1.gif








Seminar Kewartawanan Islam
6hb Fbruari, 2010, Darul Shifa Kuala Ibai



 







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang