BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Wed05222013

Last update05:06:46 PM GMT

Back Arkib Artikel

UMNO, BN tidak mustahil tumbang

  • PDF

KUALA TERENGGANU – Walaupun mungkin UMNO dan Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan besar-besaran, tidak mustahil parti itu akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/bpinang2.jpgExco Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Soud Said (Gambar - berbaju kuning, paling kanan) dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, gejala rasuah yang tidak terbendung ketika ini menjadi salah satu perkara pokok yang boleh memusnahkan parti itu.

”Jika UMNO masih bersikap sedemikian, dengan rasuah dan sebagainya, mereka akan terima nasib yang sama dengan parti lain yang dapat bertahan lama tetapi akhirnya tumbang pada usia 50 tahun,

”Sekarang ini, kita sudah nampak keadaannya dan bagi Pakatan Rakyat (PR) sedang menyusun gerakkerja, dalam proses untuk memperkasa antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ramalan masa depan nasib UMNO dan BN.

”Berkemungkinan ada benarnya (pendapat Dr. M) sekiranya dilihat dari sudut perkembangan politik semasa negara ketika ini,”katanya yang turut bersama kontinjen PAS Terengganu membuat tinjauan ke DUN Bagan Pinang semalam

Komen:

Last Updated on Tuesday, 22 September 2009 23:39