Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Pendapat Mampukah UMNO kekalkan kerusi Bagan Pinang?

Mampukah UMNO kekalkan kerusi Bagan Pinang?

E-mail Print PDF
Tahun 2009 wajar diisitihar sebagai tahun pilihanraya kecil. Apa tidaknya, bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihanraya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan DUN Bukit Selambau dan DUN batang Ai pada bulan April, 2009, 

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/baganpinang.jpgDUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).ika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak campor tangan dan menghalang  pilihanraya kecil 3 DUN di Perak  Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. maka jumlah pilihanraya kecil sudah pasti bertambah.

Sungguhpun begitu. dalam keadaan SPR cuba untuk mengelak diadakan pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh di Kedah, takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Pada mesyuarat yang di jadualkan Isnin, 14hb. September. (Gambar - pantai tenang Bagan Pinang akan bergelora tidak lama lagi)

SPR hanya mampu menentukan tarikh pilihanraya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari sahaja akibat kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor baru-baru ini

Pilihanraya kecil yang ke-9 selepas pilihanraya umum ke-12 cukup menarik. Kenapa dikatakan menarik kerana inilah kali pertama diadakan di kawasan Selatan Semenanjong yang menjadi kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi sebelum ini.

Tambahan pula ianya diadakan di Negeri Sembilan yang mana majoriti BN pada kali ini tidaklah sekukuh sebelum PRU ke-12 sebelum ini.
Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, yakni di mana BN ada 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Jika dilihat secara terperinci pada pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini, PR berjaya mempertahankan semua kerusi yang disandang mereka sebelum ini (Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir  disamping merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO dan BN. 

Kerusi Bagan Pinang ini adalah milik UMNO dan BN di mana mereka menang dengan majoriti 2,333 undi keatas calon PAS. Calon UMNO Azman Mohd Nor mendapat 6430 berbanding dengan calon PAS, Hj Ramli Ismail mendapat 4097.

Berbanding dengan pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004, calon PAS dalam pilihanraya umum ke-12 berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 50 %, yakni dari majority undi 4411 kepada 2,333 sahaja dimana PAS Berjaya meningkatkan undi dari 1,556 kepada 4,097.

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihanraya yang lepas kerana undi pos berjuimlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Malah jika PAS berjaya mengekalkan prestasi undi yang didapati dalam pilihanraya yang lepas, dan UMNO tersilap dalam percaturan pemilihan calon seperti di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak mustahil kerusi ini akan bertukar tangan kepada pihak lawan.

Disebabkan tergugat dengan perkembangan semasa politik yang tidak memihak kepada UMNO dan BN sekarang ini, nama Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO yang baru dibebaskan penggantungan dari kesalahan politik wang cuba ditonjolkan semula sebagai calon UMNO dalam pilihanraya kecil ini.  

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hassan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi menyerahkan kepada UMNO Telok Kemang mencadangkan calon yang sesuai bagi pilihanraya kecil kali ini.   

Jika Isa samad tidak bertandinmg kali ini, pihak-pihak tertentu dalam UMNO Telok Kemang mencadangkan anaknya yang bernama Najib yang menjadi aktivis pemuda di calonkan kerana mereka bimbang untuk kehilangan pengaruh Isa Samad dalam pilihanraay kecil ini.

Manakala PAS dan Pakatan Rakya pula dilihat begitu ghairah untuk membuat kejutan sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini. Jika PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihanraya kecil ini sudah cukup untuk membnerikan pukulan maut kepada UMNO dan BN.

Calon yang disebut-sebut dari kalangan PAS pula adalah Zulkifli Mohd Omar, Pesuruhjaya Negeri Sembilan sendiri selain dari calon DUN berkenaan dalam pilihanraya umum yang lepas, Ramli Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang. Seorang lagi muka baru dikalangan ank tempatan juga terdapat dalam senarai yang dipertimbangkan sebagai calon di DUN berkenaan.

Difahamkan PAS Pusat sedang mencari calon terbaik untuk berhadapan dengan UMNO dalam pilihanraya kecil ini. Keadaan ini menjadikan jentera UMNO dan BN Negeri Sembilan begitu tertekan untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang ini apatah lagi dalam keadaan parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC serta PPP sedang bergolak.

Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi mensasarkan PR akan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini sebagaimana kerusi-kerusi lain dalam pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini.

Sudah tentu mereka tidak dapat banyak membantu memberikan undi India dan Cina yang menjadi pennetu di sini kepada UMNO dalam keadaan UMNO juga turut terlibat dalam mendalangi kekecohan dan demonsterasi membantah pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Sekarang ini, UMNO dan BN terpaksa bergantung kepada undi pos dikalangan tentera bagi mementukan survival mereka di DUN Bagan Pinang ini. Jika pengundi pos tentera memprotes kepada calon UMNO  bermakna harapan untuk BN mengekalkan kerusi ini adalah amat tipis sekali.

Ramai pemerhati politik menjangkakan, jika UMNO dan BN tewas pada kerusi ini bermakna harapan kerajaan Najib Tun Razak untuk terus memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 adalah ibarat telor di hujung tanduk.

Malah saya diberitahu, jika UMNO dan BN tewas dalam pilihnraya kecil ini, parti-parti komponen BN terutama dari Sabah dan Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lain-lain mungkin akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.    

Sejauhmana kerajaan UMNO dan BN mampu bertahan selepas ini bergantung kepada kemampuan meraka mempertahankan kerusi ini. Jika mereka menang dengan majori yang meningkat secara mendadak, maka hayat mereka akan dapat bertahan seketika. Tetapi jika majoritinya berkurangan apatah lagi UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya kecil ini, maka UMNO juga dijangka tumbang dua tahun lagi  selepas 54 tahun memerintah sebagaimana LDP di Jepun baru-baru ini  dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Last Updated ( Tuesday, 15 September 2009 02:42 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693














PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/konmus.gif










Konvensyen Muslimat Negeri Terengganu
6hb Februari, 2010, Masjid Rusila, Marang






http://buletinonline.net/images/stories/berita22/seminarwartawan1.gif








Seminar Kewartawanan Islam
6hb Fbruari, 2010, Darul Shifa Kuala Ibai



 







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang