BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Fri10242014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Home

Ucapan Presiden PAS Di Banggol Peradong; Menangkis Dakyah, Meneguhkan Kedudukan

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/tghadi1a.jpgUcapan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis perasmian PGU7.0 di Banggol Peradong itu wajar dinilai dengan mendengar kandungan ucapan berkenaan secara adil dan konteks ucapannya secara menyeluruh.

Dalam ucapan itu, Tuan Guru meneguhkan kedudukan PAS bersama Pakatan Rakyat dengan memberi jaminan bahawa kerjasama dengan rakan rakan Pakatan Rakyat akan berterusan selagi dapat mempertahankan Islam dan Melayu dalam negara kita ini. Tuan Guru juga mempertegaskan dengan memberi jaminan bahawa kerjasama bersama Pakatan Rakyat ini tidak akan sekali-kali merugikan Islam dan Melayu Islam.

Jaminan kerjasama berterusan ini terus berlaku apabila kalangan bukan Islam dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama persekutuan, hak hak agama lain diberi dengan adil, hak istimewa bumiputra dan hak kaum lain secara adil, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa ibunda kaum diperkukuhkan dan raja berpelembagaan. Semua ini telah diterima oleh Pakatan Rakyat.

Intipati ini adalah untuk menangkis dakyah kenyataan songsang UMNO-BN dan kalangan tertentu bahawa PAS menggadaikan prinsip Islamnya dan merugikan kepentingan orang-orang Melayu Islam dalam negara kita ini.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Komen: