KUALA TERENGGANU – Negeri Sarawak yang menyumbang 29 kerusi kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum lalu, bukan lagi menjadi negeri ‘deposit’ tunai kepada parti itu pada pilihanraya umum yang ke-13 belas akan datang.
Menurut Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat, ramai para pengundi kaum Iban dan Dayak dingeri tersebut sudah muak dengan BN.
“Sebilangan besar kaum Iban dan dayak yang tinggal di rumah-rumah panjang merasa benci dan meluat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bersama keluarganya yang telah mengaut kekayaan negeri,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau berkata demikian apabila diminta memberikan komen setelah kembali dari lawatan kerja bersama rombongan meninjau situasi politik Sarawak, mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
[Gambar; Atas - Haji Hanafiah dan Ariffin sedangn memberikan penerangan kepada penduduk di sebuah rumah panjang Parlimen Julau, Bawah - Berbincang dengan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Mr Josh]
Beliau berkata, secara umumnya rakyat negeri Sarawak sudah menolak BN dan mahu berubah memilih Pakatan Rakyat, khususnya dalam kawasan Parlimen Julau yang dilawatinya.
“mereka sangat mesra senang didekati dan bersedia berbicara soal politik, kepentingan mereka ialah tanah tempat tinggal dan kebun,mereka kata kampong adalah hutan bagi mereka,
“dan mereka membuat pengakuan, masanya sudah sampai untuk berubah demi anak cucu mereka,”jelasnya.
Turut sama dalam lawatan kerja tersebut adalah Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Arifffin Deraman dan Ustaz Mohd Soud Said.
Selain berbincang dengan rakan-rakan dari parti Pakatan Rakyat, tambah Haji Hanafiah, rombongan tersebut turut menyampaikan ceramah penerangan dibeberapa kawasan dan mendapat taklimat kedudukan politik semasa dari para petugas pilihanraya parlimen Julau.
Komen:









