BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Thu06202013

Last update05:06:46 PM GMT

Back Berita Nasional Himpunan ‘Janji DiTunai’; Umno-BN Terus Ugut Rakyat

Himpunan ‘Janji DiTunai’; Umno-BN Terus Ugut Rakyat

  • PDF

KUALA TERENGGANU – Pada Sabtu malam 23 Jun, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam Meraikan Pembebasan Azman dan Suwandi dalam kes Tragedi Berdarah Batu Burok, empat tahun yang lalu.


Bersekali dengan program tersebut DPPNT turut meraikan para pemuda yang menyertai Himpunan Aman BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0.

Skuad BO berkesempatan menembual Ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahi Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mengenai beberapa isu terkait.

Berikut adalah catatan temubual tersebut;

Soal; Apakah Tujuan atau Objektif Majlis Makan Malam ini diadakan?

Jawab:  Tujuan asal program makan malam untuk meraikan kemenangan saudara Suwandi dan Azman dalam kes Batu Burok. Tapi secara langsung bagi menambah meriah dan ambil cakna kita terhadap mangsa kes BERSIH yang pertama, yang kedua dan yang ketiga. Dan sekaligus untuk menyampaikan sumbangan yang disalurkan ahli-ahli parti untuk 9 pelajar yang dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional (Umno) Terengganu yang menafikan hak kebebasan bersuara dan hak keintulektualan pelajar.

Dan kami mengharapkan program seumpama ini akan dapat kita teruskan. Dan yang keduanya, untuk mengambarkan masyarakat bahawa pemuda pas tidak akan membiarkan samasekali mana-mana mangsa kezaliman untuk terus mereka berada dalam kezaliman tetapi kita akan bantu bagi menunaikan tanggungjawab yang disebut oleh Allah. “hendaklah kamubekerjasama dalam melakukan kerja-kerja kebajikan”.

Soal; Apa harapan DPPNT kepada para pemuda yang menyertai BERSIH?

Jawab; Saya mengharapkan mereka banyak berdoa kepada Allah agar Allah memberi kemenangan kepada islam. Kerana mereka-mereka adalah mangsa-mangsa kezaliman umno, kereka tiada hijab terhadap Allah Taala. Membari saham menyampaikan kepada rakyat bahwa mereka mangsa kezaliman umno. Mereka sendiri telah melihat dan mereka sendiri telah merasai mezaliman umno, sebagai contoh, keluarga yang ditamatkan pinjaman mereka. Tidak ada dosa melainkan memakai pakaian bersih. Tidak turut hadir dalam himpunan bersih. Tidak melakukan kesalahan jenayah. Tiba-tiba ditamatkan pinjaman mereka dalam waktu mereka sedang mengaji. Di waktu itu, kita mengharapkan mereka menjadi penyumbang besar dalam menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada rakyat.

Himpunan Hijau Ke Putrajaya & PGU04 Peringkat Negeri Terengganu. 

Soal; Apa objektif PAS Terengganu mengadakan Himpunan PGU 04 dan Himpunan Hijau yang akan diadakan pada 29 & 30hb Jun ini?

Jawab; Program ini untuk melangsungkan gerakan untuk membangkitkan mood rakyat. Kesedaran dan kebangkitan rakyat dalam memenuhi 1moto yang kita bawa. PAS GANTI UMNO. Jelajah pas ganti umno bermula dengan Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang. Bagi menyambut apa yang dibuat oleh pimpinan pas pusat himpunan hijau ke putrajaya. Bagi memberaitahu ke seluruh masyarakayt bahawa masa depan islam dan masa depan kemenangan parti islam dan pakatan rakyat merupakan sesuatu yang bukan mustahil. Tapi merupakan jalan yang terbuka ke arah.

Untuk mencapainya, rakyat haruslah bersepakat melakukan perubahan dalam PRU13. seterusnya, ekspedisi hijau yang dianjurkan oleh dewan pas pusat. Kita adakan bagi peringkat negeri Terengganu bagi mengumpulkan pemuda-pemuda bagi menggerakan program ini. Kita mengerakkan generasi y bagi melakukan perubahan PRU13. kita akan gunakan satu moto, ‘pakat pakoh pas’. Kita mengajak anak-anak muda untuk melakukan perubahan pada PRU13. dengan pelbagai-bagai keruntuhan, pembaziran dan penyelewengan serta kezaliman. Kita lihat kerajaan baru yang hendak dibina pakatan rakyat.

Sasaran kehadiran untuh PGU04 adalah 100,000, kemungkinan 50% anak-anak muda. Hasil kita lihat perhimpunan hijau ke putrajaya di kedah 80% anak-anak muda.  Himpunan bersih juga begitu. Kita harap dapat sokongan anak-anak muda. Kita akan memangil artis-artis menyertai program ini. Kita akan panggil Ustaz Azhar Idrus juga.

Kita menggap pru13 sudah pun hampir. Marang menjadi kawasan parlimen tuan guru dato’ seri abdul hadi. Kita mengharapkan ini merupakan saham yang besar untuk memberitahu kepada rakyat bahawa presiden pas merupakan seorang tokoh yang kita akan tonjolkan. Akan memipin Malaysia.

Himpunan Umno-BN “Janji Ditunai”


Soal; Apa pandangan DPPNT dengan program Himpunan yang akan diadakan oleh Umno-BN iaitu Himpunan ‘Janji DiTunai’?

Jawab; Program yang mereka buat di stadium bukit jalil. Himpunan jutaan belia. Program-program itu yang hadir pertama adalah pegawai-pegawai kakitangan kerajaan yang di paksa. Mereka mendapat kemudahan. Ada dikalangan mereka yang dapat bantuan yang diugut jika tidak hadir, bantuan mereka akan dipotong. Saya yakin mereka yang datang itu sebenarnya bukan rela menjadi petugas-petugas umno. Mereka hanya menunggu pru13 untuk membuat perubahan.

 

Komen:

Last Updated on Tuesday, 26 June 2012 01:11