Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Berita Dalam Negeri Dailog Royalti Bersama Ku Li Akan Di Teruskan

Dailog Royalti Bersama Ku Li Akan Di Teruskan

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/zaidan.JPGKUALA TERENGGANU - Dialog Rakyat berkenaan isu royalti bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada (esok) 18 Mac yang akan diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai akan diteruskan seperti biasa.

Setiausaha Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Zaidan Abdullah berkata, majlis dailog tersebut diadakan di dalam dewan dalam kawasan yang tertutup, bukan kawasan umum.

“Majlis dailog bersama YBM Tengku Razaleigh adalah dalam kawasan yang tertutup, dalam dewan dan berpagar,”katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Walau bagaimana pun pihaknya agak terkejut kerana dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis petang ini (17 Mac).

“sebenarnya tidak perlu memohon permit kerana ia bukan diadakan ditempat umum, namun atas dasar penghormatan kami kepada pihak polis,

"kami telah menghantar permohonan tersebut pada petang semalam, mungkin pihak ketua polis belum dimaklumkan,”jelasnya

Walau bagaimana pun, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan polis bagi menjelaskan perkara berkenaan.

 

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.