Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Berita Nasional Pakatan Rakyat Perak Ganti 500 Ekar Tanah Rezab Melayu

Pakatan Rakyat Perak Ganti 500 Ekar Tanah Rezab Melayu

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/hjzainuddinexcoperak.JPGChukai, KEMAMAN – Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Haji Mohd. Zainuddin Mohd Yusof berkata, walaupun usia kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak lama, namun berjaya mengembalikan 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan oleh Umno/BN.
Menurutnya, dalam perlembagaan Malaysia artikel 67 telah menetapkan, sebanyak mana Tanah Rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk apa-apa tujuan, hendaklah diganti oleh mana-mana kerajaan yang melupuskan tanah tersebut

Sehubungan itu, katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, seluas 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk membina kilang simen Hanjoong Perak, telah ganti semula.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Isu-isu semasa yang diadakan di Kampung Geliga, disini semalam.

Namun demikian, beliau berkata, Umno/BN telah melupuskan beribu ekar tanah rezab Melayu tanpa menggantikan dengan tanah lain.

Berita lanjut akan menyusul>>

 

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.