Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Berita Nasional Ahli Parlimen PAS Teruskan Komitmen dan Istiqamah

Ahli Parlimen PAS Teruskan Komitmen dan Istiqamah

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/mppas%20jumpa%20speaker%20DR%205%20april%2008.JPGKami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

(Gambar Album MPPAS sewaktu mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertua Dewan)

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.


Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

 

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.