Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Berita Dalam Negeri 50 NGO Terengganu dan Kelantan Bergabung Tuntut Hak Royalti

50 NGO Terengganu dan Kelantan Bergabung Tuntut Hak Royalti

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU – Satu sidang media oleh gabungan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) dari negeri Terengganu dan Kelantan, akan diadakan di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, jam 2 petang ini, 5 Disember.
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/DSC00749.jpgPengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Negeri Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah memaklumkan demikian kepada Buletinonline sebentar tadi.

Menurutnya, MAMPAT dan Gabungan NGO negeri Kelantan (GABUNGAN) telah bersetuju pada dasarnya bagi membentuk satu ‘Badan Bertindak’ menuntut hak wang royalti petroleum kedua-dua negeri.

”Kita sudah bersepakat dengan Gabungan, bagi membentuk satu badan bertindak yang kita akan namakan kemudian,

”merangka satu pelan tindakan ‘rakyat’ menuntut hak wang royalti, supaya dikembalikan kepada kerajaan negeri, berdasarkan Akta berkenaan”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Katanya, Gerakan Mengembalikan Pitis Royalti atau singkatannya ‘GEMPAR’ akan di rumuskan dan digerakkan dengan kadar segera.

Ditanya bagaimanakah bentuk gerakan tersebut, beliau berkata, kedua-dua MAMPAT dan GABUNGAN akan menggerakkan kempen secara aman dan diplomasi dengan pihak kerajaan Pusat.

”Sekiranya segala usaha diplomasi dan rundingan telah tertutup, mungkin kita akan memilih ‘jalanraya’ bagi mewakili rakyat kdua-dua negeri menuntu hak mereka,”jelasnya.

Perkembangan lanjut akan menyusul


BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.