Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Pendapat SELPROA Tolak Najib

SELPROA Tolak Najib

E-mail Print PDF

Kami, sekumpulan pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat Selangor, masih memperingati tragedi rakan seperjuangan kami mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/selproa.jpgInspirasi daripada Beng Hock, seorang yang aktif di dalam kesatuan wartawan-wartawan sebelum menyertai Kerajaan Negeri Selangor, kami telah menubuhkan Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) yang mana berdiri teguh dalam melindungi keselamatan, hak-hak manusia dan kebajikan semua pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat di Selangor.


Kami tidak akan membenarkan kematian yang kedua akibat daripada penganiayaan politik terus berlaku, dan kami bersatu demi mereka yang tidak berkuasa (powerless) untuk berdepan dengan regim Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan pintu belakang dan cara tidak demokratik untuk menyelamat kuasa.


Oleh itu kami mengecam sekeras-kerasnya dan menolak keputusan Peguam Negara untuk mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang melarang pegawai kerajaan daripada memberi kenyataan-kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat.


Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini merupakan satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk berkerja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin.  Tindakan ini juga menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM. 

Kami berpegang bahawa Najib paling bertanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak asasi orang ramai, yang termasuk hak untuk satu persekitaran yang selamat. 

Najib sebagai Perdana Menteri gagal bagi memastikan keselamatan Beng Hock, dan juga berkomplot dengan Peguam Negara untuk membatalkan pekeliling yang pastinya akan membahayakan nyawa kita dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan Kerajaan Selangor.


Kami menyeru kepada Peguam Negara untuk menarik balik permohonan pembatalan pekeliling Menteri Besar dengan serta merta untuk menjamin keselamatan dan hak-hak pembantu politik.  Kami menyokong sepenuhnya pekeliling Menteri Besar dan menghargai usaha bersepadu oleh Pakatan Rakyat dalam memastikan keselamatan semua pembantu politik.


Peguam Negara sepatutnya mendokong keputusan yang telah dibuat oleh Hakim mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof pada Nov 19, 2009 yang menyatakan bahawa SPRM tidak boleh menyoal saksi selepas waktu pejabat.  Pihak MACC perlu meminta maaf kepada Beng Hock, Tan Boon Wah dan mereka yang telah disoal siasat selepas waktu pejabat dan membayar gantirugi untuk segala kerugian yang mereka dan keluarga mereka alami akibat tindakan MACC yang tidak bertanggungjawab itu.


Akhir sekali, kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dengan segera yang ditugaskan khusus untuk menyiasat kematian Beng Hock.  Kami percaya ini merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock, rakan seperjuangan kita yang dalam kenangan kita semua. 


*Kenyataan media oleh Abdul Razak Bin Ismail selaku Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA).

**SELPROA telah ditubuhkan pada bulan November 2009 untuk melindungi keselamatan, hak asasi kemanusiaan, dan kebajikan pembantu politik.  Sekarang kami mempunyai 85 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pejabat ADUN dan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor.  Persatuan ini telah diiktiraf oleh Menteri Besar Selangor.

Last Updated ( Monday, 30 November 2009 08:55 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

 

SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER




Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693





SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER








PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang