Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Pendapat Bantah Cadangan Meneruskan Penganjuran Piala Monsun Selepas 2012

Bantah Cadangan Meneruskan Penganjuran Piala Monsun Selepas 2012

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu membantah cadangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said untuk meneruskan Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun selepas tamatnya perjanjiannya

pada tahun 2012 sepertimana yang dilaporkan oleh The Star Online bertarikh 14 November 2009 bertajuk “Monsoon Cup Will Stay Beyond 2012” .

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupforsale1.jpgDalam kenyataan tersebut , beliau berkata akan melakukan penilaian kandungan perjanjian sebelum mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri sama ada untuk meneruskan kejuaraan tersebut selepas 2012 , beliau juga menambah sekiranya membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri maka Kerajaan Negeri sudah pasti bersedia untuk meneruskannya .

Benarkah membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri atau kebaikan dan keuntungan kepada beberapa individu di atas nama UMNO /BN yang mengaut wang dan harta rakyat melalui Piala Monsun sepertimana yang dapat dilihat dan diketahui umum .

Contohnya : Yang pertama, pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit.

Kedua, pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta.

Ketiga, perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Keempat , membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah.

Dan tidak termasuk projek-projek lain seperti Taman Tamaddun Islam yang juga melibatkan pembinaan Masjid Kristal membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta . RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar).

Sepertimana yang dimaklumkan T-Best Event Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai Premium Project Management Sdn Bhd telah diberi kebenaran oleh Swedish Match Grand Prix AB untuk mengendalikan Piala Monsun dengan perjanjian yang ditandatangani pada 5 Ogos 2005 dan perjanjian tersebut selama 8 tahun iaitu akan berakhir pada tahun 2012.

Malah kini T-Best Event Sdn Bhd bukan lagi milik kerajaan Negeri Terengganu. Dalam penggulungan Sidang DUN yang baru lalu, Exco Belia dan Sukan, Rahin Said gagal memberikan beberapa penjelasan berkaitan syarikat T-Best Event Sdn Bhd. Iaitu apabila didedahkan profil syarikat T-Best Event dikuasai Prestasi Wangi Sdn Bhd ( 67.1% ) dan TDM Bhd ( 42.9% ) .

Ini membuktikan Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu.

Tiba-tiba, pada 14 Ogos lalu, bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik muncul memberi kenyataan akhbar selaku Pengerusi Piala Monsun, selepas pelancaran klinik layar Sekolah Pelayaran Monsun (MSS) di Pusat Maritim Putrajaya. Dato’ Wan Hisham Wan Salleh tidak lagi menerajui T.Best Event ?

Sedangkan pada 7 Ogos 2008 , Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun diambil alih oleh kerajaan Terengganu daripada syarikat T-Best Events Sdn Bhd. Tambah mengelirukan dan semakin bercelaru. 

AMK Negeri Terengganu tegas menyatakan pendirian membantah terhadap penganjuran pertandingan berprestij tersebut diteruskan selepas 2012 malah kewajaran untuk menghentikan kejuaran tersebut segera walaupun terpaksa melanggar perjanjian demi kepentingan rakyat .  

Kejohanan Kapal layar Piala Monsun ini menelan wang rakyat yang sangat tinggi sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah majalah antarabangsa Asia Pacific Boating yang menyebut belanja penganjuran Monsoon Cup adalah sebanyak RM 300 juta setahun .

Bayangkan RM300 juta setahun selama 8 tahun wang rakyat hangus dan dibazirkan kerana menganjurkan kejohanan termahal ini . Adalah lebih bertanggungjawab menghentikan kejohanan tersebut demi kepentingan rakyat dan menyalurkan wang tersebut bagi menjana pembangunan , pendidikan dan kebajikan rakyat .

Malah pada 22 Ogos 2007 , Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cup itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Kenyataan Wan Hashim ini adalah hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ini di Kuala Terengganu yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

Adakah wajar ratus juta wang rakyat dihabiskan setiap tahun dalam sukan elit tersebut sedangkan Terengganu merupakan negeri ke 2 Termiskin dalam negara berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) .

Menurut Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula menunjukkan penerima bantuan paling ramai sehingga 2008 adalah di Pahang dengan 36,600 diikuti Terengganu (22,710), Kedah (21,393) dan Perak (17,722). Negeri yang mencatat jumlah bantuan paling tinggi pula ialah Terengganu dengan penyaluran bantuan lebih RM57 juta .

Sehingga sekarang sejak tahun 2005 , Piala Monsun ini tidak memberikan manafaat kepada rakyat sepertimana yang dihasratkan oleh objektif kepada penganjuran kejohanan tersebut , malah berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negera 2008 mendapati Terengganu masih lagi mengalami defisit selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2007 dan 2008 .

Lebih mendukacitakan apabila peningkatan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4% walaupun Terengganu mencatatkan penerimaan Dana Khas berjumlah RM 2.613 billion daripada Kerajaan Pusat bagai tahun 2007 dan 2008 .

Ini membuktikan kegagalan Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mengurustadbirkan wang rakyat . Apakah keuntungan yang diperolehi daripada penganjuran Pertandingan Perahu Layar bertaraf antarabangsa ini sekiranya Ahmad said bercadang untuk meneruskannya  ?

Sudah pasti Terengganu tidak akan mengalami defisit dan peningkatan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Piala Monsun ini menguntungkan rakyat dan negeri terutama sektor pelancongan dan perolehan pendapatan negeri serta pembangunan ekonomi .

AMK juga mempersoalkan Ahmad Said , berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bahawa Piala Monsun tidak diaudit dan tidak dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk diaudit .

Justeru adalah amat dangkal dan keterlaluan apabila Ahmad Said dan Kerajaan Negeri Terengganu masih ingin meneruskan kejohanan Perahu Layar yang bukannya ‘permainan’ rakyat negeri Terengganu , malah tidak memberikan manafaat kepada rakyat negeri Terengganu khususnya kepada rakyat Pulau Duyong  serta penjanaan ekonomi negeri Terengganu .

Berapa banyak lagi wang rakyat yang akan dibazir , diseleweng dan digunakan semborono mengikut nafsu serakah pimpinan UMNO/BN Terengganu .

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU 
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Last Updated ( Sunday, 29 November 2009 10:02 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

 

SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER




Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693





SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER








PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang