Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Berita Dalam Negeri Ekoran Banjir Terburuk, Petugas PAS Turun Sepenuhnya

Ekoran Banjir Terburuk, Petugas PAS Turun Sepenuhnya

E-mail Print PDF
KUALA NERUS – Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/IMG_6364.JPGTinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter. Keadaan yang sama turut melanda Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan (catatan dibawah)

Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan.rah-

Ikuti laporan banjir di beberapa daerah, selepas klip video dibawah;






.





Banjir Makin Buruk

DUNGUN – Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila seramai 1,493 penduduk melibatkan lebih 100 keluarga terpaksa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara sehingga lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berkata, sehingga jam 6 petang semalam, sepuluh lokasi pusat pemindahan mangsa banjir telah dibuka.

Beliau berkata, antara pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar (432 orang), SK Pulau Serai (315 orang), Balai Raya Batu Tiong (23 orang), Dewan Majlis Sukan Negara (314 orang) dan Balai Raya Paka (18 orang).

Turut dipindahkan adalah di Masjid Santong (21 orang), SK Kampung Nyior (55 orang), Dewan Sivik Kampung Limbong (38 orang), Rumah Pegawai Ladang Pinang Mas (79 orang) serta SK Tanjung Pati (313 orang).

“Setakat ini semua paras air sungai utama di Dungun masih berada di bawah paras bahaya kecuali Sungai Dungun di Kuala Jengal yang mencatatkan bacaan 21.70 meter berbanding paras amaran 14.0 meter.

“Semua jalan utama menghubungkan Kuala Terengganu-Kuantan sama ada melalui laluan Jera-ngau-Jabor atau Dungun-Kemaman juga masih boleh dilalui semua kenderaan,” katanya.

Menurut Dahlan, walaupun jalan utama masih boleh dilalui, namun beberapa laluan di kawasan kam-pung sudah ditenggelami air dan terpaksa ditutup untuk semua kenderaan.

Katanya, antara jalan yang terjejas teruk adalah laluan Tok Kah-Jerangau di Kampung Papan apabila air naik sedalam kira-kira satu meter dengan jarak hampir 100 meter.

“Laluan Tepus-Kuala Jengal di Kilometer 9 juga turut ditenggelami air hampir satu meter, jalan lain yang turut terlibat ialah Kampung Talong.

“Akibat air naik di tiga lokasi ini, penduduk antara kedua-dua hala terputus hubungan dan terpaksa mencari alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.


Perpindahan Paling Tinggi

BANDAR PERMAISURI – Seramai 1,006 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan DUN Langkap terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sehingga 12 tengah hari, semalam.

Mereka yang terlibat dari DUN Permaisuri ialah penduduk dari Guntong Luar (47), Che Mohit (30), Padang Serai (27), Air Sejuk (9), Surau Pasar Lama Bandar Permaisuri (107), Masjid Lama (61), Kampung Besut (242), Tasek (146), Permaisuri (76), Pandan Jaya (5) dan Saujana (8) dan Taman Hijrah (8).

Turut terjejas ialah mangsa banjir dari DUN Langkap melibatkan kawasan Kampung Langkap (63), Merbau Menyusut (40), Bukit Nenas (10), Kasar (97) dan Desa Jaya (30).

Pegawai Daerah Setiu, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, mangsa banjir itu mula dipindahkan sejak malam tadi ke 17 pusat pemindahan sementara berikutan air naik di kawasan rumah masing-masing.

“Mereka yang tinggal di kawasan rendah hanya akan dibenarkan pulang ke rumah jika keadaan mengizinkan dan mangsa banjir perlu tunggu hingga keadaan beransur pulih,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Wan Nawawi berkata, Pejabat Daerah Setiu membuka bilik gerakan banjir dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta agensi berkai-tan mulai kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata, banjir kali kedua adalah lebih buruk berbanding sebelum ini apabila lebih 700 dipindahkan ke 12 pusat peminda-han sementara sehingga tengah hari semalam.

Beliau turut melawat mangsa banjir di beberapa lokasi termasuk di Guntong Luar dan Surau Pasar Lama Bandar Permaisuri.


Beberapa Kawasan Seolah-olah Lautan

KUALA BERANG
- Banjir gelombang kedua mulai melanda negeri ini kelmarin, yang turut menyebabkan beberapa buah kampung khususnya berhampiran Bandar Kuala Berang, di sini dilanda banjir, yang disifatkan sebagai kejadian yang jarang berlaku.

Difahamkan, kejadian banjir seumpama itu pernah berlaku sekitar tahun 2005 lalu sehingga menyebabkan laluan Kuala Berang-Ajil terpaksa ditutup untuk semua jenis kenderaan, selain beberapa buah bangunan sekolah juga hampir ditenggelami air.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, kawasan terlibat khususnya di simpang menghala ke Kampung Lenjang bagaikan bertukar menjadi ‘lautan’ apatah lagi beberapa buah sekolah berhampiran, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Imtiaz Kuala Berang turut mengalami nasib sama.:

Last Updated ( Sunday, 29 November 2009 02:25 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693














PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/konmus.gif










Konvensyen Muslimat Negeri Terengganu
6hb Februari, 2010, Masjid Rusila, Marang






http://buletinonline.net/images/stories/berita22/seminarwartawan1.gif








Seminar Kewartawanan Islam
6hb Fbruari, 2010, Darul Shifa Kuala Ibai



 







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang