Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Berita Dalam Negeri Anwar Ke Terengganu 20 November, Hadir Konvensyen dan Ceramah

Anwar Ke Terengganu 20 November, Hadir Konvensyen dan Ceramah

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Jumaat, 20 November depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/sidangmediaPKRTrg.jpgPengerusi Majlis Pimpinan Parti KeADILan Rakyat  Negeri Terengganu (MPN) Haji Abdul Rahman Yusof  (gambar - paling kanan) berkata Anwar dijangka menyertai acara akhir Konvensyen PKR Terengganu yang akan diadakan di dewan badminton Seberang Marang.

Menurutnya, Konvensyen Khas tersebut diadakan bagi mengemaskini jentera PKR di setiap peringkat negeri Terengganu, bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

”Dato’ Seri (Anwar) akan hadir sebelah petang dalam sesi dialog bersama perwakilan dan para hadirin, “kata Haji Abdul Rahman dalam satu sidang media di pejabat PKR Gong Kapas disini.

Sehubungan itu, katanya, Anwar dijangka merasmikan pejabat Cabang PKR Kuala Nerus di Jalan Gong Badak Kg Wakaf Tembesu sebelum menghadiri program Ceramah Perdana yang akan diadakan di hadapan Sekolah Padang Air, Jalan Kelantan, Tepoh  Kuala Terengganu.

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.