Friday, Sep 03rd

Last update:07:33:14 AM GMT

You are here: Home
Skandal Projek Bantuan Atap Biru

Skandal Projek Bantuan Atap Biru

- Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000
KUALA TERENGGANU
- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengga...

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah m...

Pemimpin Tamak dan Korup!

Pemimpin Tamak dan Korup!

- Agensi Pembangunan Tanah Gagal Tingkat Taraf Hidup Melayu

Tidak banyak perbezaan antara Felda dan F...

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga meng...

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

- SPRM Diminta Menjalankan Siasatan Secara Telus
KUALA TERENGGANU
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...

Rempit

Rempit "Merdeka"!

KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki pe...

Jambatan Kuala Berang ‘Port’ Pencinta Minuman Keras

E-mail Print PDF
HULU TERENGGANU – Satu kawasan berhampiran Jambatan Kuala Berang disyakki menjadi ‘port’ maksiat dan kaki arak apabila berpuluh-puluh botol minuman keras pelbagai jenama ditemui dikawasan tersebut.(Gambar - Anggota Unit Amal menjalankan aktiviti di  jambatan Kuala Berang)
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/jambatankualaberang.jpg

Kawasan tersebut secara kebetulan berhampiran dengan tapak kem Jamboree Unit Amal Terengganu yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Unit Amal Terengganu, Mohd Saiful Ambia Darusa, 38, (gambar kanan) ketika ditemui melahirkan rasa dukacita dan terkejut dengan penemuan botol-botol minuman keras tersebut.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/saifulanbia.jpg

Sebelum ini, katanya, beliau pernah mendengar aduan penduduk setempat yang mendakwa di bawah jambatan tersebut dijadikan ‘port’ kepada para remaja berkumpul serta melepak.

“Saya cukup kesal dan terkejut dengan penemuan banyak botol-botol arak pelbagai jenama ini.

“Saya pernah diberitahu oleh penduduk bahawa di bawah jambatan ini tempat ‘port’ berkumpul para remaja melepak setiap malam dan mereka (remaja) melakukan aktiviti tidak sihat,” ujarnya kepada Buletin Online semalam.

Menurutnya, penemuan banyak botol-botol minuman keras itu cukup membimbangkan serta mencemarkan nama baik negeri ini.

Seorang anggota Amal Kawasan Kuala Nerus, Abdul Majid Abdul Kadir, 43, menggesa pihak berkuasa dan kerajaan negeri mengambil tindakan menangani masalah tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ArakKualaBerang.JPG

 Katanya, masalah ketagihan arak, dadah serta jenayah lain semakin menjadi-jadi melibatkan golongan belia remaja.

“Saya minta pihak kerajaan dan jabatan berkenaan tolong buat pemantauan yang lebih kerap di kawasan-kawasan seperti ini.

“Saya terkejut bila melihat dan menemui berpuluh-puluh botol arak yang pelbagai jenama dalam operasi kita (Unit Amal) hari ini,” katanya.

Menurutnya, ia adalah hasil amalan ‘Islam Hadhari’ oleh kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jelas, gagal melahirkan modal insan yang baik.

Antara jenama pada botol minuman keras yang paling banyak ditemui adalah ‘Polska Vodka’, ‘Bee Chew’ serta beberapa jenama dalam tin (gambar kiri).

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.