Friday, Sep 03rd

Last update:07:33:14 AM GMT

You are here: Home
Skandal Projek Bantuan Atap Biru

Skandal Projek Bantuan Atap Biru

- Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000
KUALA TERENGGANU
- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengga...

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah m...

Pemimpin Tamak dan Korup!

Pemimpin Tamak dan Korup!

- Agensi Pembangunan Tanah Gagal Tingkat Taraf Hidup Melayu

Tidak banyak perbezaan antara Felda dan F...

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga meng...

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

- SPRM Diminta Menjalankan Siasatan Secara Telus
KUALA TERENGGANU
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...

Rempit

Rempit "Merdeka"!

KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki pe...

Bantuan Mangsa Banjir Turut Diselewengkan !

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/berita/whasan.JPGKemaman – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramli berkata kebanyakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ‘berhenti sekerat jalan’ dan tidak sampai kepada golongan sasaran.


Keadaan itu berlaku, menurutnya, kerana terdapat penyelewengan dan rasuah dalam proses penyaluran bantuan tersebut serta wakil-wakil rakyat yang tidak memainkan peranan sewajarnya.

Beliau berkata, rakyat telah melantik wakil rakyat dan apabila seseorang menjadi wakil rakyat sebenarnya dia adalah ‘kuli kepada rakyat’, sebagaimana kandungan surat yang ditulis ulamak Hassan Basri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Mana ada ‘kuli’ yang lebih kaya dari ‘tokeh’,  wakil rakyat adalah hamba kepada rakyat, mana ada hamba kaya daripada majikan,”kata Ustaz Wan Hassn ketika berucap dalam ceramah ‘Isu Negeri Perak’ di Chukai, Kemaman, Rabu lalu.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang berlaku masakini, wakil-wakil rakyat menjadi kaya raya senang dan mewah, rakyat yang menjadi ‘majikan’ susah dan menderita.
 
Katanya, kerajaan sepatutnya mengutamakan dan menyediakan kemudahan untuk rakyat khususnya golongan yang tidak mampu atau miskin bukan meletakkan keutamaan keatas mana yang lebih memberi faedah kepada pemimpin-pemimpin kerajaan.

“kerajaan ambil cukai, kerajaan ambil hasil, tapi tidak sampai (semuanya) kepada rakyat, (ada) masuk dalam kocek pemimpin-pemimpin,

“sebab itu kes jambatan sini (Chukai) tidak selesai, kes hospital Dungun, berapa kali bawa naik dah, berapa kali pacak (cerucuk) dah, sampai ‘lebuk’ tanah pacak, hospital tak naik-naik (dibina),”jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau mendedahkan, penyelewengan dalam agihan bantuan banjir berlaku di kawasanya (Sura) baru-baru ini.

“Saya terkejut bila tengok orang memindah banjir, saya kata mana ada banjir dalam DUN Sura ni, apabila saya suruh orang menyiasat, memang ada sungguh orang yang dipindahkan disekolah,

“Katanya dari Kampung Nibung, sedangkan kawasan Kampung Nibung tidak berlaku banjir, bila ditanya lanjut, mereka adalah peserta PPRT di Kampung Nibung,”jelasnya


Beliau berkata rumah-rumah PPRT tersebut tidak berlaku air banjir naik, namun mereka disuruh pindah oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk membuat tuntutan peruntukan palsu bagi bantuan mangsa-mangsa banjir.

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.