Sunday, Aug 01st

Last update:07:10:09 AM GMT

You are here: Home
Ekonomi Kedah Membangun DiBawah Kerajaan PAS

Ekonomi Kedah Membangun DiBawah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU - Ekonomi kerajaan negeri Kedah terus membangun dengan subur setelah dua tahun lima ...

i-Sharp; Setiausaha JKKK Kg Banggol Berbohong

i-Sharp; Setiausaha JKKK Kg Banggol Berbohong

SETIU - Pemaju Projek Taman Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-Sharp) telah membuat pertemuan sec...

Siapa 'Budak Kroni' Dapat Tender RM50 juta

Siapa 'Budak Kroni' Dapat Tender RM50 juta

DUNGUN - Siapakah seorang 'budak' dari negeri Terengganu, berumur 21 tahun ketika menubuhkan sebuah s...

Kerajaan Ahmad Said; Nostalgia Peribadi Jadi Agenda Negeri

Kerajaan Ahmad Said; Nostalgia Peribadi Jadi Agenda Negeri

1.
Akhbar melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM2 juta kepada Universiti Sul...

Kerajaan Umno/BN 'Mencekik' Rakyat Sendiri

Kerajaan Umno/BN 'Mencekik' Rakyat Sendiri

DUNGUN - Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa sedang memeras rakyat bagi mengumpulkan sebanyak mung...

Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat

Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat

- Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
KUALA TERENGGANU
- Umno dan Barisan Nasional mendakwa, ...

Tindakan Segera ADUN Ladang Kurangkan Risiko Banjir

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu di gesa mengatasi segera masalah perparitan yang menjadi punca banjir dibeberapa kawasan dalam bandaraya ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang.JPGAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih tidak mengambil sebarang tindakan mengatasi masalah tersebut dengan alasan, pihaknya sedang membuat rancangan bagi pembangunan semula.

Oleh yang demikian, katanya, ramai penduduk khususnya di kawasan Ladang Mengabang terpaksa berhadapan dengan bencana banjir,  setiap kali datangnya musim tengkujuh.

Menurutnya masalah itu sebenarnya berpunca daripada longkang yang tersumbat dengan pasir pantai sejak setahun lalu.

Oleh yang demikian, ketika waktu hujan lebat melanda baru-baru ini, beliau sendiri telah turun padang bersama-sama agensi kerajaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk selama ini.

“Jika dulu, masalah banjir di sini berpunca daripada air longkang yang tersumbat dengan sampah sarap, tetapi telah pun diselesaikan di mana pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah menyediakan perangkap sampah di sini,

“tetapi, kini masalah lain pula yang timbul di mana longkang disediakan tersumbat dengan pasir pantai dan ini menyebabkan setiap kali musim hujan, air akan melimpah dan mengakibatkan banjir berlaku di sini,” katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang1.JPGKecaknaan dan tindakan segera beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada JPS telah dapat mengawal banjir yang berlaku daripada terus menenggelami kawasan itu.

Justeru itu, penduduk di kawasan tersebut kini boleh menarik nafas lega bagi mengharungi musim tengkujuh yang baru sahaja bermula tanpa berasa rungsing dan bimbang akan ditenggelami air.

“AlhamduliLlah, setakat ini kerjasama yang diberikan oleh JPS amat baik dan kini kerja-kerja sedang dijalankan oleh pihak mereka.

”diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin sebelum tibanya musim tengkujuh nanti,” katanya.

“Walaupun apa jua alasan daripada kerajaan, seharusnya permasalahan ini tidak boleh ditangguh-tangguhkan kerana ia menyentuh soal kebajikan dan keselesaan rakyat.

”kerajaan sewajarnya mengambil tindakan ‘segera’ mengatasinya,” tegas Dato’ Tengku Hassan.

Malaysia attracted less investment than the Philippines

Malaysia attracted less investment than the Philippines

The recent release of World Foreign Investment Rep...

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Read more...

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.