Friday, Sep 03rd

Last update:07:33:14 AM GMT

You are here: Home
Skandal Projek Bantuan Atap Biru

Skandal Projek Bantuan Atap Biru

- Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000
KUALA TERENGGANU
- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengga...

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

Ahmad Said Marah Jabatan Audit

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah m...

Pemimpin Tamak dan Korup!

Pemimpin Tamak dan Korup!

- Agensi Pembangunan Tanah Gagal Tingkat Taraf Hidup Melayu

Tidak banyak perbezaan antara Felda dan F...

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga meng...

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

- SPRM Diminta Menjalankan Siasatan Secara Telus
KUALA TERENGGANU
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...

Rempit

Rempit "Merdeka"!

KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki pe...

Kerajaan Umno-BN Terengganu Umpama ‘Bola’

E-mail Print PDF
HULU TERENGGANU – Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang bermula dengan program ceramah penerangan semalam akan menentukan samada kerajaan Umno-BN Terengganu kekal atau tumbang sebelum PRU13
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/IMG_5764.JPGPesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 13 berlangsung dalam keadaan Umno-BN Terengganu terumbang-ambing.

”Kali ini kita berijtimak dalam keadaan Umno di negeri Terengganu ini ‘bergelisah’ kerana banyak perkara-kara yang berlaku,
(Gambar - Ustaz Harun menerima cenderahati sempena pembukaan Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 13)

”bermula runtuhnya stadium, sampai baru-baru ini pula runtuh bumbung atap masjid, peristiwa-peristiwa yang berlaku mengajak kita merenung dan berfikir,

”apakah penyelewengan yang dilakukakn oleh Umno-BN Terengganu,”ujarnya ketika berucap dalam majlis ceramah di Manir, dekat sini semalam.

Menurutnya, antara penyelewengan yang ketara oleh Umno-BN Terengganu ialah mematikan sekolah-sekolah agama negeri dengan menyerahkan pentadbirannya kepada kerajaan pusat.

Katanya, Umno sebenarnya berada dalam keadaan gelisah, kerana kerajaan yang ditubuhkan di negeri Terengganu adalah umpama ‘bola’.

”Kerajaan umno-BN negeri Terengganu boleh dibandingkan seperti bola, bererti boleh ditendang ke sana dan ke sini,

”Ia duduk diatas belas kasihan PAS, mana-mana pihak dari Umno (Terengganu), perlu pendirian dan sikap dari PAS,”jelas beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Justeru, beliau berkata, Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu yang bermula esok akan menentukan halatuju politik negeri Terengganu.

”Kita akan bahaskan dan bincangkan, bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita ambil, untuk menjadikan samada kerajaan ini (Umno-BN) kekal sehingga pilihanraya akan datang,

”atau kerajaan ini boleh ditumbangkan sebelum daripada pilihanraya ke 13 akan datang,”kata Ustaz Harun.

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.