Friday, Sep 10th

Last update:12:31:55 PM GMT

You are here: Berita Terkini

Buletin Online - Media Informasi Terkini

'Merempit Pula' Di Malam Eidul Fitri

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/RempitMalamRaya%20035a.jpgKUALA TERENGGANU - Persimpangan Semarak Bukit Tunggal di sini 'gamaknya' sudah menjadi litar tetap kepada Mat-mat Rempit apabila mereka merempit pula pada malam menjelang Eidul Fitri jam 2.00 pagi hari ini 10 September.

Beratus-ratus anak muda berkumpul dan mula menunjukkan lagak masing-masing dengan membuat pecutan sambil mengangkat motosikal mereka dan meluncur laju dengan satu tayar sahaja.

Tidak ada seorang pun penguatkuasa samada daripada Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) atau pun polis trafik yang menghalang menjadikan mereka, bebas sebebas, bebasnya, menunjukkan pelbagai aksi.

Sementara itu, sekumpulan yang lain pula 'joli sakan' dengan membakar mercun dan bunga api, menambahkan daya tarikan kepada orang ramai menjadi pemerhati.

Kerajaan negeri Terengganu pada sidang Bajet tahun lalu (2009) telah meluluskan sebanyak RM30 juta bagi bajet 2010, untuk membendung gejala sosial dikalangan belia, termasuk gejala Mat Rempit.

Namun setelah sembilan bulan tahun 2010 berlalu, tidak ada tanda-tanda gejala Mat Rempit berkurangan bahkan hampaknya ia semakin menarik apabila bertukar litar dari litar lama, jalan Durian Burung kepada litar Persimpangan Semarak! 

Berita berkaitan;
Rempit "Merdeka"!

 

Last Updated on Friday, 10 September 2010 06:51

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/bppntraya1.jpg

Ziarah & Rumah terbuka Mengeratkan SilaturRahim
KUALA TERENGGANU
- Seluruh Kepimpinan PAS Pelbagai peingkat mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh ahli, penyokong dan rakyat negeri Terengganu. SEmoga tarbiah Ramadhan benar-benar menyerlahkan kemenangan di Eidul Fitri.

Sempena Eidul Fitri yang akan disambut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan rumah terbuka di pekarangan Masjid Rhusila pada 1 Syawal, Jumaat 10 September.

Menurut Pembantu Khasnya, Haji Zaihan Daud, Tuan Guru akan mula menerima tetamu sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Eidul Fitri.

"Majlis tersebut akan berlangsung sehingga waktu Zohor, sebelum menunaikan solat Jumaat,"katanya ketika dihubungi.

Beberapa pimpinan PAS Terengganu turut mengadakan rumah terbuka pada 1 Syawal.

Antaranya Pesuruhjaya PAS Dato' Ustaz Harun Taib dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Seluruh rakyat Terengganu juga dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan rumah terbuka wakil-wakil rakyat PAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak akan mengadakan rumah terbukannya pada 1 Syawal, di kediamannnya, manakala pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal akan mengadakan majlis pada 3 Syawal.

ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Omar akan mengadakan majlis rumah terbuka pada 2 Syawal, Sabtu 11 September di kediamannya, bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly pula turut menjemput sekelian warga DUN Sura ke rumahnya pada 2 Syawal.

ADUN Bukit Payung akan mengadakan Majlis Rumah Trbuka serentak dengan majlis peringkat MTD pada Sabtu, 16 Syawal bersamaan 25 September.

Majlis meraikan kepulangan Perantau sempena Eidul Fitri akan diadakan di peringkat negeri pada Ahad 3 Syawal, 12 September, 2010 dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari, di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.

Pada tarikh yang sama, Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Abdullah, menjemput seluruh warga Besut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka PAS kawasan Besut di Pejabat PAS Besut.


Last Updated on Friday, 10 September 2010 00:16

Perutusan Eidul Fitri Lim Guan Eng

E-mail Print PDF

Salam Hari Raya Aidil Fitri 1431H saya hulurkan kepada semua umat Islam di Malaysia serta selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. Semoga 1 Syawal yang mulia ini dapat memberi berkat dan rahmat buat kita semua.

Sempena Syawal sebagai bulan suci bagi umat Islam untuk membersihkan diri dari segala gejala buruk, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf jika ada salah silap yang sememangnya tidak disengajakan.

Untuk itu, saya harap kita dapat bersama-sama kembali kepada sifat kemanusiaan yang jujur dan ikhlas dengan membuang sifat-sifat keji seperti perkauman dan keagamaan yang melampau. Bagi saya, agama membawa kebaikan insan dan bukannya pencetus kepada sikap benci-membenci. Kasih sayang antara jiran, antara sahabat, malah antara penyokong politik yang berbeza fahaman adalah penting kerana kita semua adalah sama dan setaraf sebagai manusia.

Sebarang perbezaan fahaman politik boleh dibincang atau dibahaskan, bukannya dibenci atau dihina; bukannya dikenakan tindakan undang-undang atau didiskriminasikan oleh mereka yang berkuasa.

Kata-kata perkauman yang meghina maruah dan harga diri warga Malaysia perlu dihentikan serta-merta. Tuduh-menuduh antara kaum dan agama tidak akan dapat merapatkan hubungan kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia.

Saya sedih kerana sepanjang bulan Ramadan yang mulia lalu, masih ada anasir-anasir yang sanggup mencemarkan kesucian bulan puasa dengan fitnah dan pembohongan perkauman dan agama di mana saya sendiri sekali lagi menjadi mangsanya. Sedih sungguh apabila kemurnian Ramadan dikotorkan oleh segelintir manusia yang gelap hati mereka.

Saya berharap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat yang telah berjanji untuk menangani masalah perkauman supaya benar-benar berani melaksanakan langkah-langkah tegas. Tidak boleh ada pilih kasih. Yang bersalah, sama ada dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya atau pun dari kalangan penganut apa-apa agama, perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang atas prinsip keadilan.

Memerangi masalah perkauman dan amalan agama yang ekstrem bukan sekadar soal politik kepartian. Ia adalah isu nasional yang harus ditangani bersama oleh setiap warga yang prihatin kepada keadilan dan demokrasi.

Di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM 12.5 juta pada 2008 kepada RM 24.3 juta pada 2010. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah:

a) mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender. Jelas hanya kontraktor UMNO sahaja yang tidak dapat berdaya saing.

b) menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi; dan

c) memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz;

d) menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;

e) memberikan bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%.

Semoga semangat Syawal akan membuka hati kita untuk menerima hakikat bahawa kita adalah warga yang bersaudara dalam satu negara yang sama-sama kita bina dan hidup bersama. Ikhlas dari saya, maaf zahir dan batin.

Last Updated on Friday, 10 September 2010 00:37

Aidilfitri: Anwar seru rakyat terus jana perubahan

E-mail Print PDF

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat negara ini yang akan menyambut Aidilfitri esok agar terus berusaha menjana perubahan supaya tidak tergelincir dari “fitrah yang murni dan luhur.”

“Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

“Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada.

“Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi,” kata beliau dalam perutusan sempena Aidilfitri dikeluarkan hari ini.

Penasihat PKR ini menambah, sambutan Aidilfitri, salah satu dari maknanya adalah hari di mana “kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian.”

Justeru kata beliau, Ramadan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam.

“Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung.

“Malangnya sepanjang Ramadan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecahbelahkan sesama kita,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar menjelaskan, menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya.

“Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk.

“Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai,” kata beliau.-MalaysianInsider

Pemuda PAS Bantah Rancangan Bakar al-Quran

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/tantawi1.jpgDewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) membantah tindakan yang dirancang oleh Gereja, Dove World Outreach Center di Florida yang berhasrat untuk menganjurkan Hari Pembakaran Al-Quran bersempenan ulang tahun ke sembilan serangan 11 September.sar Amerika di Kuala Lumpur ber

Oleh itu DPPP telah menghantar satu surat bantahan terhadap perkara diatas kepada Duta Besar Amerika Syarikat TYT Paul W. Jones di Kuala Lumpur.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan dalam surat bantahan tersebut berkata, DPPP melihat tindakan yang dirancang oleh Paderi Terry Jones itu adalah tindakan salah faham menafsirkan bahawa kejadian serangan ‘911’ adalah kerana Al-Quran

Katanya, Paderi Terry Jones sebenarnya telah menghina agama Kristian itu sendiri kerana di dalam kitab Injil bagi penganut Kristian juga melarang penganutnya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama lain.

Baca surat DPP sepenuhnya >>>

Page 1 of 48

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.