Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar (riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih ) b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya. c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri. d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad) b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. ( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.
Laman ini boleh dilayari dengan sempurna menggunakan Mozilla Firefox atau Internet Explorer Berita Buletinonline boleh juga diikuti melalui Blog buletinonline
Video Klip Isu Semasa, layari Buletinonline Channel www.youtube.com/user/buletinonline
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu Hubungi- Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693/ Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735
Tabung Pembinaan PASTI As-Solihin Kuala Terengganu Hubungi - Mohd Soud Tel: 019 987 9332/ Mazlan Ali Tel : 013 958 1737
Dana Pembangunan Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus Hubungi - Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888
Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan Kompleks Tarbiyyah PAS Setiu Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Tahfidz Darul Iman Tok Jiring, Kuala Terengganu Emel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102 Akaun Bank; Maybank Berhad, Account No:563064112631
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam Darul Bayan, Dungun, Terengganu Hubungi Syed Azwan Tel - 0148040975 @ Wan Md Adib Tel - 0139395693
HANTAR BERITA/ARTIKEL
Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang beritaatau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai Sebarang cadangan dan maklumbalas anda tentang kami
|